Monday, June 24, 2013

kilim geo park, langkawi


Dalam tempoh setahun ini, dah tiga kali akak menerjah ke Langkawi. Satu atas tiket percutian keluarga dan dua lagi atas urusan kerja rasmi. Kali ketiga menerjah ke sana, baru la dapat meronda ke Kilim Geo Park. Selama ni duk tengok website dan pamplet aje.




Naik bot yang boleh memuatkan maksimum 10 orang penumpang, kami menyusuri sungai yang penuh dengan bot dan kapal layar yang berlabuh kat situ. Air sungai agak dalam sebab air laut tengah pasang waktu itu.




Bot kami cuba mendekati gua buaya, katanya ada buaya melepak kat dalam gua ni. Kalau waktu air agak surut, bot boleh dibawa masuk ke dalam gua ni.




See.....bot kami dah rapat dengan gua tapi tak boleh masuk ke dalam gua sebab tinggi bot tak melepasi gua ni. Tapi ada satu bot kecik dah parked kat dalam gua ni....ramai pelancong datang ke sini untuk melihat sendiri keunikan gua ni.




Perjalanan dari gua tadi diteruskan ke arah muara. Memang cantik pemandangan di sepanjang perjalanan kami menyusuri sungai, hutan paya bakau boleh dilihat di mana-mana sahaja.





Terus menyusuri sungai lagi hingga sampai ke tempat ini, sangat cantik tapi akak tak berkesempatan nak snap gambar dari pelbagai angle....maklum la nak cepat.




Akhirnya kami tiba di laut.....selepas singgah di muara sungai melihat keunikan burung2 helang melepak kat situ, tunggu makanan =)). Cuaca tak berapa nak elok sebab sebelah sana hujan dah mula nak turun. Kalau kita terus ke depan lagi, dah masuk sempadan Thailand.





Sepanjang jalan ke tempat ini, boleh la nampak Four Season yang dikata2 orang tu. Kata orang kalau nak stay kat situ, kena bawa dua karung guni duit...hehe...sabo aje kan.




Hujan dah turun kat sebelah sana dan kami nak cepat, nak mengelak daripada ombak kuat dan ribut. Segalanya mungkin terjadi kan sebab hari kedua akak di Langkawi, ribut datang macam nak tsunami gayanya. Memang cuak habis.




Dalam2 nak hujan tu, sempat lagi driver bot tu bagi peluang kat kami nak snap gambar. Memang cantik tempat ini, amazed me




Perjalanan balik ke jeti, nampak pemandangan bukit-bukau yang sangat menawan. Air yang tenang memang mendamaikan mata memandang. Cantik bangat you olls!

Well, kalau you olls dah sampai ke Langkawi, jangan lupa sewa bot mengembara di kawasan Kilim Geo Park. Kenangan kat situ takkan dapat dilupakan.
















2 comments:

  1. Salam..

    Menarik pemandangan di sini..berapa sewa bot tu?

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...