Sesekali masak kueteaw ladna kat rumah, best juga kan. Selalu masak kueteaw goreng atau kueteaw sup aje. Tapi dengan bahan2 yang terhad dalam ice box, adakah masih boleh nak masak kueteaw ladna?
Jawapannya, YA. Tapi kueteaw ladna versi akak la ye =)).
Bahan2:
- bawang putih dan bawang merah (tumbuk)
- sos tomato
- sos tiram
- sayur baby kobis
- udang
- sotong
- telur
- sedikit garam
- sedikit air
Tumiskan bawang, masukkan udang, sos tiram, sos tomato dan tumis sampai bahan2 masak. Masukkan sotong dan sayur, masukkan sedikit air dan biarkan ia mendidih. Pecahkan telur ke dalam kuali dan bila telur dah dikacau rata dan masak, masukkan garam. Akhir sekali masukkan kueteaw tapi jangan biarkan lama2 kat atas dapur...
Sedia untuk dihidang. Boleh tabur serbuk lada hitam, kalau suka.
perghhh.... lapor ler...
ReplyDelete....tak la sesedap mee kari Ipoh mali :)
Delete