Friday, May 3, 2013

mee kicap @ tangling





Dah lama cari mee kicap yang best kat area KL ni tapi baru ni terjumpa kat Tangling. Itu pun kawan ofis akak yang ceritakan dan bawa akak makan kat situ. Mee kicap Tangling ni berbeza sikit dengan mee kicap yang akak makan kat Kuala Kangsar aritu. Nak makan mee kicap kat Ipoh, tak kesampaian sebab "tourist guide" pun blur dengan lokasi mee kicap yang sedap.

Apa yang akak suka mee kicap Tangling ni ialah dia guna mee halus, bukan mee kuning. Mee halus macam ni tak mudah muak sebab takde rasa kapur. Ada sup wantan, boleh juga pilih sup fish ball atau meat ball, ikut citarasa masing2. Dihidangkan juga dengan cili potong, minum pulak dengan teh tarik. Puas hati.

Selain daripada mee kicap, ada pelbagai jenis mee lain lagi yang ditawarkan. Ada mee sup, mee kari dan mee bandung. Kalau you olls bukan peminat mee macam akak, boleh makan nasi lemak Tangling. Harga makanan kat situ berpatutan, abang2 polis pun ramai melepak kat situ...





No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...