Baru2 ni department akak buat majlis makan pagi dan doa selamat, khusus untuk kawan2 kat ofis yang baru dapat baby. Ramai dapat baby....lima orang. Sementara masih muda remaja, elok la besarkan keluarga kan. Kalau umur dah macam akak ni haaa.....rasanya tak berapa sesuai nak menambah cahayamata =)).
Makanan pagi tu semuanya ditempah, tak ada pun yang dimasak sendiri. Leceh nak memasak sendiri sebab ambil masa dan mungkin mengganggu orang lain... Nampak sedap kan kuih ketayap tu.
Fikir punya fikir, akak sponsored cheese cake. Itu pun beli kat JJ Maluri petang sebelumnya dan simpan dalam ice box. Kat ofis akak, ramai peminat cheese cake, tak rugi la beli. Cream puff tu pulak, jiran sebelah akak yang sponsored.
The most ever favourite drink, nescafe....wajib ada. Rasa sangat satisfaction nya bila minum nescafe berbanding dengan minum teh tarik. Akak memang giler nescafe sejak remaja lagi tapi stopped kejap minum nescafe bilamana kepala selalu rasa sakit. But now, giler nescafe semula.
Menu pada hari tu ialah mee hoon dan pulut kuning. Pulut kuning makan dengan rendang ayam, ayam goreng pun ada. Dah lama tak makan dan masak pulut. Bila sesekali dapat makan pulut, nyaman tak terkata =)).
Ini antara barang2 baby yang we all hadiahkan pada ofismate. Yang baby pompuan, of coz la bagi baju warna pink. Yang baby lelaki lebih sesuai warna brown kannnn..... Suka tak suka, derang kena la terima kan =)). Congrates to all my friends yang dah masuk kelab mak2 dan ayah2....
Kepada yang belum bertemu mr. / mrs. right tu, harap bersabar dan muhasabah diri selalu.
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...