Tuesday, January 15, 2013

makan-makan @ restoran kelate



Lagi cerita aktiviti makan. Hidup untuk makan, kan  :P  (jangan ler ada orang rasa kurang senang pula bila akak tulis macam tu....kadang2 ada orang terlalu lurus dan complicated, padahal kita gurau2 je...)

Rumah yang akak duduk sekarang ni memang strategik, dekat dengan segala. Paling dekat dengan sekolah, masjid dan 7-11. Dekat juga dengan speedmart  dan balai polis. Speedmart kat luar pagar kawasan rumah aje. Dan...dekat juga dengan kedai2 makan. Tu yang susah. Asal malas masak atau tak ada apa nak masak, mesti terjah ke kedai makan =).

Ada satu restoran masakan Kelantan kat situ. Memang budak2 tu ambil order pun slang Kelantan. Ada macam2 lauk Kelantan, nasi kerabu, laksam, laksa, budu, ulam2...boleh la pilih. Waktu malam diaorang buat masakan panas. Hari Ahad pun kedai tu buka, bagus betul.




Akak dan SRK makan sup ekor, ikan siakap saiz kecik masak stim limau, sambal belacan dan kailan goreng ikan masin. SRK memang suka benor makan benda2 ni. Tak jemu2. Biar la kan asalkan dia yang bayar :)).




Yang bestnya ialah diaorang hidang air guna gelas ala teko. Lain la sikit daripada yang biasa2 kan. Cuma kalau order teh tarik, you all tetap dapat gelas kaca biasa tu... Hiasan dan susunatur dalam kedai tak serabut sangat, diaorang guna meja dan kerusi kayu. Quite nice.


4 comments:

  1. ..boleh la kak, harganya pun ok :)

    ReplyDelete
  2. Huh...menjengkelkan!
    Takpe...wiken ni org buat stim ikan ni...
    lalalala....

    ReplyDelete
    Replies
    1. apsal plak...sedap ker masak ikan stim tu? =))

      Delete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...