Semalam akak menerjah ke Pulau Keladi, Pekan atas urusan kerja. Lama tak pergi ke Pulau Keladi yang famous dengan kain tenun Pahang DiRaja tu. You all kalau nak beli / tempah kain tenun Pahang ni, boleh la ke Pulau Keladi ye. Harga kain depends on design, lapisan warna dan saiz. Nak tempah shawl pun boleh.
Dari Pekan terus ke Kuantan, singgah lunch di tepi sungai Kuantan. We all makan ikan patin tempoyak dan gulai daging salai. Harga seketul ikan patin kat situ boleh tahan =)).
Selain daripada itu, akak ambil sambal pucuk ubi + tempoyak. Sambal ni memang famous kalau time kenduri kat kampung akak. Berair mata makan sambal ni sebab pedas betul. Lepas lunch terus bertolak ke Temerloh dan terus balik ke KL. Jam 8.15 pm baru sampai ofis semula.
Malam tadi, oleh kerana badan pun dah penat semacam, akak cuma makan sup wantan kegemaran akak. Makan wantan ni pun boleh kenyang sebenarnya sebab ia diperbuat daripada tepung dan isinya pula ikan atau ayam.
Sup wantan tu nampak sedap. :)
ReplyDeletefavourite tu, kak :)
Delete