Thursday, November 8, 2012

entri tips : macamana nak pikat hati suami??


Kelakar pun ada rasanya bilamana petang semalam ada seorang sahabat bertanyakan satu soalan cepumas kepada akak. Sahabat ini bertanya, "kak, macamana petua nak pikat hati suami? maklum la saya ni baru beberapa bulan aje kawin." Pertanyaan melalui sms ini tidak dijawab oleh akak. Akak cuma senyum seorang diri.

Sebenarnya bila kita berbicara soalnya hati ni memang terlalu subjektif. Lain orang lain caranya. Sebelum kawin lain caranya, selepas kawin lain pula caranya. Kalau sebelum kawin, akak rasa memang hampir semua lelaki ni cuba untuk berlagak  gentleman. Kalau boleh dia orang ni nak jadi superb di mata pasangan masing-masing. Nak menjadi lelaki terhebat pada zaman ini. Betul kan?  =))

Tak ada salahnya nak jadi superb tapi biarlah ia superb sehingga selepas kawin, sehingga dah beranak-pinak kan. Sejuk hati isteri.


Minum air teh halia kaw2 dengan sup wantan....macam tak match  aje kan....


Orang kata nak tambat hati suami, mesti tawan perutnya. Akak setuju, cuma terpulang pada individu, ada juga suami yang tak kisah samada isterinya pandai masak atau tidak. Even akak dengan SRK pun bersederhana dalam hal ini. Kalau masing2 penat kerja, kami terjah ke restoran kegemaran kami. If not, kami memasak sama2 di rumah.


Ada stok sayur brokoli dengan bunga kobis...boleh digabungkan...tak ada masalah.... :))


Nak masak pun, isteri perlu tanya suami nak makan apa. Kadang2 mungkin makanan tu menjadi kegemaran kita tapi tidak pada suami. Pendek kata boleh berbincang walaupun berkaitan perkara2 yang remeh. Macam SRK, dia tak minat langsung nak makan sayur brokoli tapi kadang2 akak masak juga dan dia faham.

Begitulah, setiap hari walaupun sudah berbelas tahun kawin tapi kadang2 akak masih menemui sesuatu yang baru tentang suami. Jadi, jangan cepat putus asa atau bosan dengan rumahtangga =))

2 comments:

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...