Lagi cerita akak makan nasi + ayam kampung. Kalau aritu akak menerjah ke Jalan Raja Muda, kali ni kebetulan lalu di jalan berhampiran velodrom, Cheras...maka cepat aje akak membelok ke kedai makan Haji Hassan (if I'm not mistaken..) yang famous dengan masakan kampung ala Kelate.
See...teringin makan sayur lemak pucuk manis + labu walaupun akak bukan peminat labu. Ambik ayam kampung goreng seketul dan gulai darat, done.
Selebihnya akak ambik pelbagai ulam > kacang botol, timun, petai rebus dan daun ceylon (betul ke ejaan ni??), cicah dengan sambal budu dan sambal belacan + tempoyak. Peehhhhh...terangkat.
Makan 3 orang campur dengan air, bayar tak sampai RM30.00....cheaper than masa akak makan menu yang sama di RR Awan Besar, harganya...hmmm....malas nak tulis.
Kakak panggil daun selom intan. Kalau ada ulam dan sambal makan mesti berselera kan..
ReplyDeletepasti y, kak =))
Deletepenah makan kat situ... nyum nyum sedap, cuma panas sikit... hehe
ReplyDeletekat bawh pokok tu pun dia punya tempat juga..
Delete