Monday, October 22, 2012

makan2 @ tanjung bidara beach resort


Kuih ketayap dan "burger" malaysia during tea break

Akak baru balik dari Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR), handle kursus untuk orang2.. Ini kali kedua akak menerjah ke situ, dah banyak berubah. Dah cantik sikit daripada beberapa tahun lalu. Tapi menu makanannya macam biasa2 aje.


Nasi putih + various types of lauk kampung

Imagine, (actually akak yang cerewet sikit pasal makan.. :)), everytime we all makan lauk ayam. Tak jumpa pun sotong atau udang atau seafood yang lain. Nasib on the second day, ikan pari masak asam pedas menjelma. Hilang sikit bosan makan ayam kicap, ayam goreng atau ayam masak lemak..  Cuma, we all tak payah nak Q untuk dapatkan makanan. Pihak TBBR ni baik hati sediakan satu meja khas untuk urusetia. 

Everyday, akak makan budu + cencaluk. Dah sampai ke Melaka, takkan tak nak rasa cencaluk kan. Sempat juga singgah di Simpang Ampat, beli cencaluk buatan orang kampung. 


Bread pudding & colourful jelly for dessert

Lagi satu, jelly warna-warni pun ada dihidang setiap hari..hmmm....tapi akhirnya menjelma puding roti kesukaan akak. Baru la puas hati sikit =)). Kalau team TBBR baca entry ni, mahu dicarinya siapa penulis blog ni kan...sebab suka2 buat gosip kat sini =).

By the way, pantai kat situ cantik dengan pemandangan kapal2 laut di Selat Melaka. 

12 comments:

  1. wah meriah tu menu2 makan2 tu ye

    ReplyDelete
  2. Yang seronok tentang kursus adalah makan-makan. :)

    ReplyDelete
  3. pas ne kat klebang, melaka kan....nak ikut...heheheeeee.....sok jgn lupa aktiviti yg telah dirancang......

    ReplyDelete
  4. Lama kakak tak boleh komen sebab tak ada ruang utk komen tau Intan. Hari ini nampak dah ok.

    Kakak tengok makanan yg Intan tayang terliurlah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oyeke kak...mgkin ada spam tu...thanx kak singgah sini

      Delete
  5. bukan resort ni tepi pantai ker? kalu tepi pantai mesti patut tiap2 ari makan seafood..... sedapnya makan seafood..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..takde org nak tangkap udang n sotong..hehe :P

      Delete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...