Wednesday, October 3, 2012

makan maman jadi mamai..


Bila akak balik ke kampung, sebulan sekali ada la menerjah ke pekan sari Temerloh. 

*Pekan sari : pasar tani yang terbesar di pinggir sungai Pahang, bandar Temerloh.

Kat Pekan Sari memang macam2 ada, terutamanya pelbagai jenis ikan darat dan sayur2 kampung. Pilih aje
yang mana berkenan di hati. Tengok orang jual udang galah sampai RM70.00 selonggok...memang best kalau buat gulai lemak cili api. Terangkat you...





Sepanjang duduk kat kota ni, tak pernah lagi akak masak sayur maman. Tapi bila balik kampung, teringat aje nak buat masak lemak maman. Yang ni masak lemak maman dengan ikan kembung. Walaupun maman rasa macam pahit sikit2 tapi best. Setiap kali masak guna santan, jangan lupa ye bubuh asam keping.




Hmm....resepi sendiri, maka kaedah nak masak pun ikut suka aje la kan. Ni akak campurkan ikan kembung dan ikan patin masak berlada. Ikan patin sedap juga kalau masak berlada. Tumis lada tu biar sampai nampak betul2 masak, supaya tak sakit perut.. :))

7 comments:

  1. Sedapnya sayur maman masak lemak. :)

    ReplyDelete
  2. masz x makan maman..... 1st time tengok n tau wujudnya sayur tu masa raya ritu adik ipar bawak balik johor 'rendang ayam sayur maman' dari negeri sembilan..... uhuk, x boleh telan..

    ReplyDelete
  3. Maaf Intan kakak tak tahu mamam tu pucuk ubi ke? Kakak tak tahu nama sayur tu yg kadang dah makan tapi tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn pucuk ubi, kak. sayur ni macam bayam hijau sikit2 tapi daunnya lebih kecik.

      Delete
  4. kalo buat jeruk pon sodap kak...

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...