Cerita lama.
Cerita 31 Ogos lalu, akak atau kami "dipaksa" ke stadium bukit jalil untuk program "tweet teramai" pada malam tu. Pergi dengan diselitkan pelbagai peraturan yang nampak macam tak boleh dipatahkan. Aaahhh...bukit jalil, almost everyday akak lalu situ, berdepan dengan kesesakan.
Lepas solat asar, baru akak ke situ, hanya dengan merempit. Merayu dengan SRK minta dia hantarkan ke bukit jalil. Kalau akak drive sendiri, muntah ler jawabnya nak cari tempat letak kereta. Orang dah mula ramai, terutamanya anak2 muda. Rasanya la.
Bila malam menjelma, semakin ramai manusia yang tiba ke sana. Tambahan pula, sesiapa yang naik tren tak dikenakan sebarang bayaran. Memang terlalu ramai manusia malam tu. Dan fikirkan disebalik ramainya manusia pada waktu itu....apa kemudahan yang ada kat sana?
Hiburan tak berhenti sehingga ke tengah malam. Akak berada di sana hingga jam 11 malam, melayan kehendak anak akak yang tak mahu balik awal. Katanya itu la kali pertama dia berada dalam satu program yang tahap gergasi. Apatah lagi tetamu kehormat pada malam itu ialah YAB PM kita. Sayangnya tak dapat juga si kecik ni nak melihat wajah PM secara live.
Di satu ruang, ada kanopi persembahan hiburan untuk orang ramai yang tak dapat nak masuk ke dalam stadium. Dari tempat akak duduk, boleh nampak sekumpulan remaja lelaki dan perempuan bebas berjoget dan menari mengikut alunan lagu.
Memang, malam tu memang masing2 ada cara merdeka mereka sendiri.
Faedahnya? Adakah anak2 muda itu menghayati erti kemerdekaan atau mereka hanya merayakan keseronokan? :(
ReplyDelete...mybe lbh pd keseronokan...lebih2 lg ada cabutan bertuah..
DeleteRajin intan turut-serta ye. Kakak 31 ogos tahun ini tv pun tak buka sebab bapak kakak masa tu sedang tenat..
ReplyDelete..agensi kami diwajibkan, kak...siap amik attendence..huhu
Deleteperlu memerdekakan diri dulu dn hayati erti kemerdekaan sebenar bukan kebebasan utk melakukan apa saja !
ReplyDelete..KA..cara rakyat kita sambut merdeka pd zaman ni.. ;)
Delete