Batuk masih tak hilang walaupun dah pelbagai kaedah akak dah cuba. Baca kat blog kawan2, macam2 petua yang dibagi, semua akak dah cuba. Termasuk la minum kicap. Baru akak tahu kicap bukan sekadar letak dalam masakan.. :))
Teringat tentang petua hilangkan batuk dengan memakan madu. Aduh..mana nak cari madu tulen. Kalau duduk kat kampung tu agak mudah. Tiba2 terbayangkan kedai jual madu kat RR Awan Besar. Yes!
Sampai kat kedai tu, nak bercakap dengan tauke kedai pun dah tak keluar suara. Tauke senyum. Dia cakap biasa la bila lepas raya, macam2 penyakit yang datang. Tapi asalnya akak ni alah pada asap2 rokok yang dihidu semasa kursus tempohari. Perokok ni kadang2 memang takde sivik, suka hati diaorang nak merokok bila datang masa wajib merokok tu.
Tambah pulak pihak konsultan kursus buat outdoor activities kat celah lorong kedai2 time malam2. I mean lorong belakang kedai. Dah la malam, tak berapa nak nampak apa yang sebenarnya ada kat lorong gitu. Kebersihannya macamana? Huh.
*****
At last, akak beli juga madu biasa kat RR Awan Besar tu. Kalau madu tulen hutan tu, sebotol harganya RM60.00. Akak cuma beli madu biasa. Tapi sempat juga mengetest sesudu madu hutan...terbaek!!
Dan sebelah malam, akak perahkan sedikit air limau nipis ke atas sesudu besar madu...dan terus suap ke mulut. Hasilnya...
Jam 12.30am, bangun buang k***k..
Jam 1.00am, batuk tak berhenti...orang bantal sebelah nak tidur pun tak nyaman..hehe
Jam 2.00am, bangun beberapa kali untuk buang k***k...lagi...dan lagi...
Jam 3.30am, baru dapat tidur lena...
*****
Owh kawan2 yang bertandang ke sini, kalau ada petua lain lagi untuk hilangkan batuk, please share dengan akak ye.
Kakcik memang tak arif dengan petua... :(
ReplyDelete....kakcik kan byk pengalaman dah :)
Deleteالسلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteAmalkan sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu mandi fajar waktunya ialah dalam sekitar 4.30 pagi hingga hampir kepada waktu subuh...kemudian dalam masa mandi tu berdoalah:
"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau alirkanlah segala penyakit yang terdapat dalam tubuhku, bersama-sama air yang mengalir ini Ya Allah, sembuhkanlah segala penyakit yang terdapat dalam tubuhku."...aamiin
Moga ada manfaatnya..
wasalam En.Razak. Terima kasih atas bantuan. Kebetulan memang sy bangun awal sebelum subuh..terima kasih sgt2.
Deletex suka ngan perokok gak... lagi2 lah sekarang ni jerebu, tu yang susah batuk nak baik agaknya... erm, akak dah jumpa ngan tok batin nizam dah? mintak madu asli, kut2 lah dia boleh dapatkan harga spesel... haha
ReplyDeletemoga next week masuk keje, dah baik dari batuk yerk... ameen
Tok batin nizam tu pandai jahit tepi n jahit butang jek..hehe :P
Delete