Monday, February 13, 2012

kompang @ orange atrium, sunway pyramid



Me baru balik dari outstation, 2 minggu me tak masuk ofis tapi ada me kisah hehe..mana ada orang nak rindu2 kat me kan.

Balik dari outstation, me sibuk menguruskan persiapan anak kecik me yang nak masuk pertandingan kompang sempena karnival MPSJ di Sunway Pyramid. Cikgunya nakkan kasut kaler hitam la, nak suruh make-up la. Everything nak nampak cantik. Mencari kasut hitam yang sesuai dengan kehendak anak kecik me bukanlah satu kerja yang mudah. Letih me turun naik Giant dan Tesco, tak berjumpa. Masuk pulak IOI Mall, tawaf la sampai berjam-jam, at last baru jumpa yang berkenan di hati. 



Cikgu cakap pukul 12 tghari berkumpul di sekolah, siap berlatih 2 round lagi kat sekolah. Then, baru kami konvoi ke Sunway Pyramid. Tup2 sampai kat sana, penganjur bagitau turn sekolah anak kecik me dah lepas. Punyalah down semangat budak2 kecik ni semua. Dah berlatih berminggu2 lamanya dan first time pulak masuk pertandingan. 

Runding punya runding, penganjur bagi chance untuk masuk bertanding tapi markah untuk disiplin dan masa dahpun ditolak siap2. Kesian juga me dengar bila dah jadi macam tu. Tapi tak apalah, kali ni budak2 ni dapatkan experience dulu dan tengok macamana orang2 lain main kompang.

Oleh sebab pertandingan ni open, maka segala kategori umur boleh masuk. Thanx to penganjur yang sudi beri peluang pada budak2 ni main kompang walaupun dah lambat 2 jam. To my lovely daughter, Ummi bangga sangat dengan adik.


4 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Moga sihat hendaknya..

    Sian mereka dah berlatih lama...takpe lain kali boleh cuba lagi..

    ReplyDelete
  2. Wasalam en.razak. bersemangat tul budak2 ni walaupun bertanding dgn orang2 dewasa :0

    ReplyDelete
  3. Salam intan,

    Cantik rumah intan ni.

    Alhamdulillah penganjur tu faham perasan budak2, kalau tidak kesian jer.

    Semoga Intan dan anak-anak bahagia selalu.

    ReplyDelete
  4. wasalam kak ani. lama tak dtg sini ye :)
    harap kak ani pun sihat walafiat.

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...