Monday, October 17, 2011

back to kuala lumpur

Started from last Monday (last week), sebenarnya me bermastautin di JB atas urusan kerja. Hampir 5 hari me berada di JB. Pagi Jumaat lepas me dah pun check-out dari Hotel Selesa, JB. Last visit, me menginap di Hotel Crystal Crown tapi oleh kerana lokasinya agak jauh dengan tempat-tempat makan, maka me request hotel lain. So, diberinya me hotel yang ini. Tak jauh daripada Danga City Mall. Tempat makan-makan just berdepan dengan hotel, even car wash stop pun berderet kat depan hotel. Melihatkan harga membasuh kereta, me rasa harga untuk market Singapore.

Beza Crystal Crown dengan Hotel Selesa, adalah beza sedikit. Sebab Hotel Selesa ni mungkin masih tidak sensitif dengan kebiasaan orang-orang Islam. Toilet mana boleh tak ada paip air untuk bersuci. Tapi itulah keadaannya.

Waktu perjalanan pergi ke JB, me sempat menikmati mee bandung Pagoh di RR Pagoh tapi rasanya sedap lagi mee bandung kat pinggir sungai Muar. Mee bandung Bandar Maharani lebih enak.


Mee Bandung Pagoh

Sempat juga me merasa bubur kacang made in JB, tapau bawa balik makan kat hotel. Tak ada yang berbeza dengan bubur kacang kat KL. Cuma rasa manisnya just nice. Makan bubur kacang match dengan air teh O untuk dinner memang membuatkan me rasa slim...hiks.

 
Bubur kacang @ Teh O

Nasi Ambeng for breakfast pun me cuba tapi macam makan nasi berlauk kat New Castle la pulak.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...