Friday, January 12, 2018

fauzi nasi kerabu







End of last year, we all pergi short vacation ke Kuala Terengganu. Tak plan sangat tapi sebab ada hal di Dungun, so SRK and me cadang nak jalan2 mengimbau nostalgia di Kuala Terengganu. Lama tak pergi sana since my FIL and MIL dah tak ada ni. Tapi memang berbaloi pergi sana walaupun agak rushing sebab dapat menikmati traditional food kat sana. Lama sangat tak makan original nasi kerabu, memang lama. Selalu makan kat KL, susah nak dapat rasa yang original. Nasi kerabu ni yang paling penting ialah kerabu dan budunya. Kalau dua2 tu sedap, In Shaa Allah sedap la rasanya. Kadang2 ada budu yang masin, tak best. Ada pulak yang kerabunya macam tak "in" dengan budu. Solok lada memang kena ada kalau nak set nasi kerabu yang complete. Teringat-ingat ni =).

Anak2 dara pun bukan main excited sebab derang memang suka makan nasi kerabu. Masing2 dah tak sabar. Sampai kat parking lot depan kedai tu, bila nampak asap orang bakar ayam dan daging, huh, derang ni macam dah nak melompat turun dari kereta jek! No, just joking hihihi. Tapi bau ayam bakar tu memang menusuk kalbu. Beratur customers nak makan nasi kerabu.

Kedai Fauzi Nasi Kerabu ni memang famous kat Kuala Terengganu, kalau tidak, takkan la punya ramai orang terjah ke situ kan. Kedai yang biasa2 jek tapi rasa tu yang penting. Kalau food tu sedap, buat la kedai kat mana sekalipun, orang akan pergi. So kedai ni located at Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Tak susah pun nak cari kedai ni. Kalau berada di Kuala Terengganu dan teringin nak makan nasi kerabu, boleh la cari kedai ni.