Friday, November 17, 2017

ten years, sunway pyramid









Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan unik ni. Cuma ada satu spelling nasi dagang, jadi nasi dangang. Jenuh kejap pikir camna nasi dangang tu. Rupanya salah eja. Okay, no problem, as long rasa nasi dagang dia best. Restoran ni located dekat dengan Nandos, lower ground. Ada macam2 menu kat situ, termasuk la kalau nak lepak2 sambil minum teh tarik. Cuma teh tarik nya tak memenuhi citarasa akak la, macam banyak krimer sangat.






Suka tengok dia punya interior, kerusi yang berwarna-warni tu memang attractive sangat. Budak2 pun mesti suka nak datang kan. Service pun okay, tak ada masalah. Kat dinding tu ada macam2 mural dan ada juga ditayangkan video, sharing resepi laksa etc. And actually kat situ menu Baba Nyonya tapi yang penting makanan dan minuman kat situ adalah halal.







Minum petang dengan roti bakar dan teh tarik. Roti bakar ni ada dua types, satunya roti milk dan butter. Satu lagi butter dan kaya. Dua2 sedap, akak suka...cuma rotinya kurang soft. Kurang gebus. Kalau guna roti yang klasik tu, lagi best kot.







Cheezy wedges untuk minum petang? Not my taste tapi ni pilihan my friend. Tak tau pun macamana rasanya cheezy wedges versi Ten Years ni. Nampak menarik dan sedap kan.






Dah comot sikit pinggan rojak buah ni sebab sampai kat meja je, terus ngap! Tak menyempat-nyempat. Not bad rasanya walaupun tauhu nya agak garing tapi kuah rojaknya marbeles. Memang licin la makan benda ni. So, semua food ni setiap satunya harga tak sampai 10 ringgit pun, so boleh la cuba kan. Lepas makan, boleh window shopping kat Brand Outlets, Guardian dan boutiques lain yang memang boleh kempiskan wallet atau purse kita. Hmmm....