Tuesday, October 31, 2017

atlit junior malaysia







Pagi tadi minta dengan Bos nak datang lewat sikit ke ofic. Actually tak inform pun sebab hal2 beso pun Bos tak ambik port, ni pulak hal akak yang kecik macam ni. While the time akak sampai kat ofic dalam jam 9 am, ada yang belum keluar dari pantry lagi! Dan banyak lagi ruang kerja yang tak ada penghuni. Maklum la subuh tadi hujan lebat, so anything can be happen.

Malam tadi tolong anak dara packing baju. Bersemangat dia nak pergi training kanu. Training untuk preparation Kejohanan Kanu Polo Asia Ke-18. Ini yang dia impikan, untuk bergelat atlit kanu Malaysia. Usaha dan komitmen yang tak putus2 selama hampir 3 tahun, memang menampakkan hasil. Alhamdullillah, akak sokong apa yang baik untuk dia. Anak dara sebelah dia tu, walaupun baru form 4 tapi dah kerap wakil Malaysia untuk game kat luar negara. Congratulations.

All the best to both of you. Ummi doakan yang terbaik. 

By the way, mana2 parents yang berhajat untuk hantar anak2 belajar main kanu, boleh berhubung dengan Kelab Kanu KL. Kalau join mana2 game, Kelab akan tanggung kos penginapan, pengangkutan dan makan. No worries. Kat Malaysia ni mungkin sukan kanu belum popular, jarang la nampak cerita2 pasal sukan kanu kan. Even kat Sekolah Sukan Bukit Jalil pun macam belum ada bidang sukan kanu ni. But it's ok, nanti popular la tu. Dan tak semua negeri ada Kelab Kanu ni (kot?).

Hopefully KBS turut beri perhatian pada atlit2 kanu.

ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...