Thursday, July 20, 2017

moh ke kuala kangsar







Recently outstation ke Kuala Kangsar. Rasanya semenjak tukar department ni, dah setahun hibernate kat ofic. Ni baru keluar semula. Thank you atas kepercayaan Bos =). Mesti Bos nampak akak sangat boring duduk kat ofic dengan kerja yang ala2 kadar je. Akak rasa macam makan gaji buta tau! So, outstation la 2-3 hari. Pic atas, that is Kampung Labu Kubong. Very nice place, menyamankan dan tenang je. Ada sawah padi dan bukit-bukau yang memang memukau mata. Dah lama tak tengok pemandangan macam ni. Sayup2 kat sana nampak ada rumah2 kampung. Dan ada makcik jual pisang goreng dan kuih-muih yang sangat sedap. Serius, memang sedap. Beli pisang goreng banyak2, then makan macam tak hengat sebab sedap sangat.





Banyak homestay kat situ tapi tak nampak pulak homestay yang betul2 ori, tinggal bersama tuan rumah gitu. Tapi pemandangannya memang terbaik, elok untuk mata ni. Boleh kurangkan rabun kalau selalu pandang benda2 hijau. Tak percaya, boleh try. Kebetulan pulak, owner homestay tu ada dusun durian. Tiga guni durian jadi rezeki kami ramai2. Alhamdullillah tapi akak makan tiga ulas jek. Muak kot. Ada pokok asam gelugor dan pokok nyiur kat depan homestay, best. Kalau nak rasa experience mandi kat bilik air terbuka pun ada. Dinding cuma zink, beratapkan langit =). Tapi akak tak kuasa!





Pernah dengar Victoria Bridge?

Akak pernah dengar gitu2 jek tapi tak pernah tengok, apatah lagi menerjah ke situ. Ada kesempatan baru2 ni, singgah la kejap kat situ. Excited posing sana sini sampai mengganggu motosikal2 yang nak lalu. Nasib baik kawan yang tolong bawak kami ke situ, sporting sangat. Menunggu la makcik2 ni berposing. Jakun kejap. At least, terpahat dalam sejarah..kan. Anyway, memang nampak bersejarah tempat ni. Kat bawah tu sungai. Konon nak berposing kat tengah2 jambatan kayu tu tapi memandangkan bimbang ada kayu2 jambatan yang reput, then pakai pulak kasut yang ada tumit sikit...tambah lagi bawah tu sungai, harus cancel la nak posing kat tengah tu..kan. Tak nak ambil risiko.

Laluan kat atas ni cuma muat motosikal je, kereta kecik pun tak muat. Ni jalan alternatif untuk menyeberang sungai tu. Nice place tapi...mungkin jangan datang malam2...serammm... (kot??)..hehe.







We all overnite kat Sayong Resort tapi masa mula2 sampai situ, dalam hati dah cakap " tak macam resort pun". Kawasan macam seram, persekitaran yang kurang bersih dan tak welcoming. Bajet tak cukup agaknya nak maintain kawasan. But it was okay. Janji biliknya okay, quite big untuk dua orang. Ada cukup ruang untuk bersolat. Cuma kurang minat dengan bilik2 yang kat ground floor, rasa macam hostel pulak atau Hotel Seri Malaysia..haha. Ni stay kat resort, okayyyy..





Cafe dia quite sad. Food terhad sebab derang masak based on bilangan orang yang checked in. Food pun biasa2 je, macam food yang akak masak kat rumah. Cuma...boleh bagi kredit kat kuih koci dia. Walaupun comel tapi sedap. Repeat makan kuih koci 2-3 kali. Kesian kat orang yang belum makan kan. Tapi sapa tau, kot2 banyak lagi kuih koci kat dapur belakang...kan...kan. Eh, tetiba nampak Fattah Amin makan kat situ, ada shooting drama gamaknya. Tapi akak tak excited sebab bukan peminat Fattah Amin =). Kerusi pun plastik je kan..kalau guna kerusi kayu, cantik sikit. Ada kelas sikit.





Malam mula2 sampai tu, kawan2 bawak makan kat Bukit Kerajaan. Tak la jauh sangat dari Sayong Resort. Hmm...tempat ni pun under my expectation. Tempat besar tapi owner bina tempat ni ala kadar je. Kalau dia keluar modal sikit dan bina betul2, confirm lawa tempat makan ni. Confirm lagi ramai orang yang datang. Well, my friend try makan shellout tapi sorry to say, kuahnya rasa macam kuah masak merah. Rasa tak sampai tapi still boleh makan la. Habis jugek, kalau tidak...membazir. Tak baik. 





Makan sate tapi kecik benor satenya. Hisshhh...banyak pulak komplen kan..hehe. Tapi sate ni sedap. Licin pinggan, share sikit sorang. Dah la time tu hujan renyai2...syok makan sate. Akak makan nasi goreng kampung pedas jek. Senang. Okay la, ada telur mata.




Match kan dengan air carrot susu. Cerah mata malam tu :)






pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...