Monday, July 24, 2017

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC






Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per head. Hopefully the food taste suit the price. Pilih restoran ni sebab tak jauh daripada ofic, 10 minit dah sampat. Parkir pun banyak, so tak payah pening kepala nak bersesak2 dan tak payah sakit kepala nak cari parkir. Dah lama teringin nak makan kat sini tapi bila memikirkan...banyak mana sangat la nak makan kan...terus cancel. Tetiba ofic pulak nak buat makan kat situ. On jek.

Nice place, nice interior. Akak suka. Orang pun ramai makan kat situ, mesti food pun sedap. Tapi bila pergi makan buffet macam ni, mula la tak pasti nak makan apa. Rambang mata, semua nak rasa. Even keropok lekor dan pisang goreng pun nak rasa. Padahal sama sedap jek dengan keropok lekor frozen yang akak beli direct daripada pembekal kat Dungun. Tapi sebab makan kat tempat mahal kan..hehe...sayang tak cuba.





Lepas 2-3 kali tawaf, so akak started makan dengan kuih-muih, rojak buah, bubur pulut hitam (all time favourite) dan kerabu sayur. Bila berpuasa, perut memang cepat kenyang. Makan dan minum sikit jek, dah rasa full. So, nasi tak ambik lagi. Tengok keadaan macamana. Kalau perut dah rasa tak boleh terima, tak payah makan nasi dah. Kalau rasa perut kosong lagi, boleh la makan nasi.

True story, untuk sama2 mengingatkan. Bubur pulut hitam tu agak masin...memang tak boleh nak makan. Mungkin chef terlebih bubur garam hingga tenggelamkan rasa manisnya. So, tolak tepi. Tak boleh makan, Kempunan sebab favourite. Kerabu tu okay, kuih-muih ada yang kureng, ada yang okay. Kureng tu meaning "keras", tak manis etc.





Penuh meja tapi untuk lima orang. Macam2 jenis food nak rasa. Unfortunately, kuah kacang tu dah menuju ke arah tak patut dimakan (basi). My boss asked the waiteress to take it and inform to the management. Yang okay, kambing bakar. Boleh repeat makan sebab black pepper sauce etc tu semua sedap. Cepat jek kambing tinggal tulang. Nasi dan lauk-pauk lain okay (katanya kawan2) dan boleh makan sampai lebam. To complete the taste, lepas makan semua tu, minum air teh tarik panas. Sambil minum sambil borak.





Bila pergi makan kat tempat macam ni, dengan time yang macam tu, tak semua boleh bagi komitmen. Nasib baik SRK sangat sporting dalam bab2 ni. So, akak boleh enjoy makan dengan kawan2 dan boleh "dengki" dengan SRK dengan menghantar gambo2 food yang sedap! Anyway, we enjoyed together.






ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...