Thursday, June 15, 2017

mee kari chinese style







Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju tapi ada beberapa bahan yang still kena beli. Takpe la, balik kerja awal jam 4.30pm, sempat lagi nak pergi beli. Tiba jam 4pm, bos pulak panggil buat discussion. Bos ni kalau berdiskusi bukan boleh sekejap2 sebab banyak "iklan"...hehe. Jam 4.40pm baru settled. Terus ambik kunci kereta dan balik! Tapi minggu ni, jalan memang sesak daripada biasa. Walaupun highway baru Duke dah buka tapi Jalan Pahang still sesak tak hengat. Then, yang menyampahnya, orang2 yang nak masuk ke Jalan Semarak dah ambik lane kanan...Q nak masuk menyebabkan sesak kat Jalan Tun Razak. Ni bab sivik la kan. Walaupun masing2 rushing nak balik rumah tapi jangan sampai menyusahkan orang lain.

Okay, kenapa mee kari tu takde sayur? Sebab nak bagi senang anak2 makan, tak payah nak pilih2 sebab derang tak nak makan sayur. Ayam pun akak tak bubuh sebab dah rasa bosan sangat makan ayam. So, just letak fish ball, fish cake dan tauhu lembut. Masak macam biasa tapi letak kiub pati ikan bilis. Actually pada akak, the real taste of mee kari is kalau bubuh udang kering dan kerang. Memang original rasanya. Jam 6.50pm baru nak menumis kuah mee kari. Alhamdullillah 2 minit sebelum berbuka puasa, kuah dah siap.






Lauk-pauk tu, SRK yang masak. Dia yang willing nak masak sebab akak balik lambat. Ayam masak merah tu atas request anak2 dara yang jelita tu. Then dia masak ikan goreng tumis taucu, this one special for me katanya. Not bad. Dia masak sotong masak asam + serai ketuk. Hmmm...he tried to cook like his late mother tapi rasanya yang ni macam tak menjadi...hehe. Tapi akak okay je sebab akak suka makan seafood. Cuma kuah tu macam rasa plain je. Akak tak komplen, makan je. Hubby dah masak kan, ada hati lagi nak komplen itu dan ini? Come on la kan. Dia masak mushroom goreng dengan telur. Actually mushroom ni, dia cuba nak masak macam akak selalu masak tapi terlebih telur. Patutnya mushroom tu rendam dalam telur dan biji ketumbar, bubuh garam sikit then baru goreng sampai garing.

Last but not least, sambal kicap dah kembali! Cicah dengan ikan pun sedap. Gaul dengan nasi pun sedap. Lejen betul sambal kicap SRK ni sebab kalau makan tak pernah kena sakit perut. One good day, maybe we all boleh pack kan dan jual secara komersil =).


















pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...