Wednesday, June 14, 2017

ayam masak kurma & homemade popia







Bulan puasa ni, SRK and me mendidik anak2 supaya masak lauk dan kuih sendiri kat rumah. Sebenarnya nak mengurangkan kekerapan pergi bazar Ramadhan. Few days ago, SRK beli gulai ikan patin kat bazar Ramadhan, dengan harapan rasanya macam gulai ikan patin yang dia makan kat Temerloh. Tolong la my hubby, takkan la tak tau camna rasa gulai ikan patin versi KL ni. Kat tempat2 tertentu jek yang sedap. Bila tanya penjual tu, dia cakap gulai ikan patin versi Temerloh + Kelantan. Okay, bunyi macam best tapi rasa tak tau lagi macamana kan. Tengokkan kuahnya macam dah tau rasanya. Baru makan sikit ikan, dah rasa tanah or lumpurnya. Langsung tak makan dah. Nasib baik seketul RM4 jek.

By the way, tak pasti la kenapa ramai yang tak / kurang reti nak basuh ikan patin. Just basuh bersih2 dengan air perahan limau kasturi, In Shaa Allah hilang terus bau sungai, bau tanah bagai tu. Simple. But make sure darah2 ikan tu semuanya dah dibersihkan. Jangan rendam lama2 pulak dalam air limau kasturi, hilang la manis ikan tu.

Okay, back to the story. Semalam buat ayam masak kurma, SRK yang teringin makan. Akak macam tak lalu nak makan ayam, lagi2 time nak bersahur. Baik makan ikan bilis goreng pedas, lagi laju suap nasi. Then kerah anak2 buat popia special. Special sebab intinya ada daging kisar dan sosej. Buat dalam 14 biji, sekali hadap dah licin. Berbaloi kan masak sendiri. Dalam bulan puasa ni dah dua kali buat popia special ni, anak2 suka makan. Kenyang pun ye jugak kan. Macam puashati bila makan...food yang dimasak sendiri. Air lagi la senang nak buat sendiri. Macam2 air boleh buat kat rumah.

Rasa simpati tidak terhingga kepada famili yang terlibat dalam kebakaran petang semalam, tak jauh dari rumah akak. Moga mereka tabah dengan dugaan yang menimpa.

ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...