Wednesday, June 7, 2017

lala tumis pedas








Memang dah lama sangat tak makan lala, since sibuk nak makan benda2 lain. Masa kat KB dulu, almost every week beli dan masak lala hitam tu. Senang nak jumpa kat Pasar Pagi. Sejak pindah ke Pantai Barat ni, macam terlupa nak makan lala, asyik dibuai dengan makanan lain. Jangan percaya.

SRK memang suka makan lala, terpengaruh dengan akak ler. Pemakanan SRK, sebahagiannya memang dipengaruhi oleh akak. Dulu2 dia tak makan ikan patin, ikan talapia...semua tak makan. Eksyen! Padahal asal dia dari kampung jugek. Lagi kampung daripada akak =). Then, akak paksa dia makan ikan2 ni sebab bila balik Bandar Ikan Patin, harus la ada gulai ikan patin etc. Takkan nak tengok jek..kot. Lama-kelamaan dia pulak ketagih makan ikan patin. Suka! Suka!

Well, nak masak lala bukannya susah sangat. Sambil2 baca whatsapp pun boleh. Lala tumis pedas versi akak ni memang sangat2 mudah. Bahan2 asas cuma bawang putih, bawang merah dan cili padi. Tumis bahan2 ni sampai naik bau. Masukkan sedikit sos tiram dan kiub pati ayam. Bubuh sedikit air dan kacau la sampai mendidih dan masak. Gaulkan dengan daun ketumbar. Jangan lupa bubuh garam, jangan banyak sangat. Done!

Ayam berempah tu pulak, kisar jek bawang putih, bawang merah, serbuk kari, serai, halia, garam, serbuk kunyit dan jintan manis. Then, perapkan ayam dengan paste tu, biar sekejap nak bagi serasi. Lepas tu boleh la goreng. Best.

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...