Tuesday, June 6, 2017

man's cooking (4)







Bulan puasa ni, alhamdullillah SRK sudi tolong2 masak sebab akak kadang2 terpaksa balik lewat. Tak sempat nak masak. Ada la sekali hari tu, SRK masak roti jala...uolls. Akak pun jarang (eh...macam tak pernah) masak roti jala, tetiba SRK cakap nak masak roti jala. So petang tu, menjala la tiga beranak tu. Tak boleh nak imagine rupa roti jala derang sehingga la SRK share pic roti jala ni. Alhamdullillah ada rupa roti jala =). Tapi saiz tu ikut suka masing2 kan. Takpe, janji rasanya sedap. Makan dengan home made gulai kari ayam. Hubby uolls pernah masak roti jala ke? Hehe...

Bukan sikit lauk-pauk yang SRK masak. Ada salad jeruk favourite dia tu. Ada sayur tumis bayam, yang ni favourite anak dara sebab nak kulit cantik (adehh...). Then siap bakar ikan selar lagi, cicah dengan sambal belacan. Sambal belacan tu, SRK buat banyak2 sekali dan simpan dalam ice box. Kalau dah habis, dia buat lagi sebab wajib ada sambal belacan bila makan nasi. Baru selera uolls. Yang macam cekodok tu, nugget nutriplus. Sedap pulak nugget nutriplus cheese ni, akak beli kat Sg Wang Plaza. Produk baharu kot sebab sebelum ni tak pernah nampak pulak nugget nutriplus.

Just want to share my hubby's effort. Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Tapi kalau time ada game bola kat TV, akak la kena masuk dapur :)



mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...