Thursday, March 30, 2017

jeruk salad








Lama tak share pasal makan. Lately makan ikut suka hati, tak ada apa yang menarik. Sama jek. Tak de nya nak makan kambing masak rasberry ke apa. Tak jugek nak masak kerabu ikan yu ke. Lagi bahagia makan ikan kering goreng atau gulai ikan kering, match dengan ulam2an. Kalau tidak, separuh hari merungut kat SRK pasal harga ikan yang mahal. Ikan kembung RM3.00 seekor. Udang putih tu RM35.00 sekilo. Lagi bahagia duk kat kampung, kat tepi kuala, tunggu orang naik dari laut. Boleh beli ikan2 yang fresh, yang harganya jauh lebih murah daripada kat pasar. Heaven kan. Balik rumah, petik jek ulam2an kat keliling rumah. Nak makan buah2an, ambik jek kat kebun belakang rumah. Nak serai, lada, lengkuas, daun kunyit, petik jek kat tepi rumah. Best kan. Orang kata angan2 tu free =).

SRK suka buat salad versi dia. Kobis ungu, timun, kalau ada sayur2 lain yang sesuai untuk dimakan mentah2, buah tomato, lada kecik, bawang besar, cuka, garam dan gula. Kalau sebetulnya, kita sebut salad jeruk sebab ada cuka. Ni memang favourite SRK all the time. Anak2 pun suka makan. Kalau tengok channel AFC, orang putih buat jeruk salad lagi senang. Salad tu campur dengan sayur2 lain, garlic, wine, garam dan gula. Derang tak guna cuka tapi guna wine. Cuma kaedah nak buat tu, sama jek. I wonder kenapa anak2 orang putih suka makan sayur / salad.






Yang ni citrus salad. Simple jek bahan2 nya kan. Tak sampai 10 minit nak buat. Nampak sedap jugek salad ni, guna buah2an. Tabur black pepper. Kalau suka, boleh campur dengan mayonis. Simple sangat, elok untuk kesihatan.

Cakap pasal kesihatan, kalau ada sesiapa yang ada petua atau tips untuk betulkan sistem penghadaman, mohon share dengan akak kat ruang komen ye. Akak sangat2 hargai kalau ada info berkaitannya. Sebab apa? Kalau sistem penghadaman tak betul, badan pun susah nak maintain. Berat badan susah nak turun dan yang paling bimbang, penyakit2 pun mudah hinggap. 

Thanx for reading, appreciated.





pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...