Friday, January 6, 2017

workout at Rizy Gym @ chicken wrap





Sumber: Mr.Google


Pic kat atas tu just hiasan tapi itu memang keadaan sebenar dalam gym Rizy.

Malam tadi berubah angin kejap, janji dengan instructor untuk buat workout dalam sejam setengah kat Rizy Gym. Bayar lima ringgit je sekali masuk tapi disebabkan instructor baik hati, dia sponsored. Perlukan equipments kat Rizy Gym sebab equipments tu tak ada kat gym ofic. Sesekali kena buat advance workout untuk dapatkan kesan yang lebih.

Lepas settle solat isyak dsb, baru la akak menerjah ke gym, tak jauh dari rumah. 95% lelaki yang buat workout dan ada tiga orang je perempuan termasuk akak. Petua nak buat workout ni, kena tebalkan muka supaya tak rasa segan dengan orang2 lelaki yang ada kat situ. Actually they all tak pandang pun apa yang orang perempuan buat sebab masing2 tengah fokus dengan workout. Lagipun sapa pulak yang nak pandang perempuan macam makcik ni =)

Started with heavy cyling for 15 minutes. Memang heavy sebab kayuhannya berbeza dengan bicycle yang ada kat gym ofic. Then continue dengan threadmill. Biasanya tekan speed 5 je, tu pun dah semput tapi malam tadi tekan speed 6. Tak sampai lima minit, berjurai peluh jantan. Continue lagi dengan fast walk + climbing equipment. Akak sebenarnya tak tau nama equipment...hehe.

Last, instructor sound, buat banyak2 workout tapi hasilnya sikit sangat especially kat bahagian perut. Instructor cakap membazir masa jek! Amboiii...kena sound tepek dengan instructor. So kena paksa buat sit up yang memang buat perut akak stress sepanjang malam...adoiii... Perut ni rasa macam "luka"..tapi tu tandanya lemak2 sedang pecah.

Workout saja tapi tak kontrol nafsu makan dan tak jaga pemakanan, no use jugek. So akak cuba la makan makanan yang sihat, kurang lemak...hmmm... Camna nak elak makan gulai lemak contohnya kalau SRK memang suka gulai lemak dan kari. Kalau akak tak makan, kecik hati pulak pakcik sorang ni :). Bila weekend jek, semangat SRK nak masak nasi lemak. Hancur diet akak kan.

Pagi esok nak terjah tasik titiwangsa pulak, join anak dara buat exercise kat situ. Every weekend memang crowded la kat tasik tu.






Ni makanan sihat kot, lemon & herbs chicken wrap, akak makan kat Nandos. Termakan kat Nandos tu sebab ada orang belanja, ok la kan. Sedap chicken wrap ni, dalamnya ada ayam dan daun salad. Simple tapi kenyang. Cuma harga tak boleh blah sikit la, RM14 ++. Makan kat KLCC. Match dengan air citrus, sedap. Punya la ramai manusia makan kat Nandos tu dan itu tandanya orang KL banyak lagi duit. 

Boleh try masak sendiri kat rumah, tak susah mana. Yang kena create is rasa lemon dan herba dia tu. Boleh jek kot kita adjust mana yang patut. Ni..boleh mintak tolong anak dara akak yang ada belajar kulinari tu. Dua gulung ni abih akak makan, lapar kot =).





throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...