Rock Cafe







Ada satu kedai makan yang baru buka, dekat jek dengan rumah akak. Tapi kedai ni combine dengan Burgerbyte, maybe tauke yang sama tapi nak cuba market yang berbeza. Dah dua kali akak singgah makan kat situ, not bad presentationnya tapi banyak kepada western food.  Interior design nya agak menarik sebab dia cuba tampilkan tema rock dan klasik.

Rock sebab owner dah pilih nama kedai as "rock cafe". Forsure la owner minat rock kan dan nak menarik rockers datang ke situ. So ada la sikit2 decoration yang nak menunjukkan rock. Then, I think owner suka collect barang2 lama seperti TV lama yang "gemuk2" tu, dia susun banyak2 kat dalam kedai as props. Quite different la dengan konsep lain.






Food yang anak dara akak teringin sangat nak try is Megi Baldi. Why namanya macam tu? Sebab rupa2nya dia hidang megi ni dalam baldi comel tu. Menarik tapi disebabkan baldi tu agak tinggi, macam susah sikit nak ambik kuah megi. Anyway, rasa megi baldi ni okay. Sedap la kiranya, banyak sayur (that's why memenuhi citarasa akak). Makan dengan cili potong + kicap. In Shaa Allah boleh habiskan satu baldi ni =)

Sapa2 nak terjah ke kedai ni, nak rasa camna food dan service derang, boleh la cari Burgerbyte Dato Senu, Sentul. Dua2 kedai ni duk dalam building yang sama. Tak susah pun nak cari, tepi jalan.



Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL