Friday, December 16, 2016

fitcamp titiwangsa



Akak memang tergolong dalam kategori yang aktif berFB. Anak2 akak cakap FB ni untuk orang2 yang berumur jek, budak2, remaja dan belia 20an lebih suka guna Instagram dan WeChat untuk berkomunikasi dengan kawan2 dan masyarakat. Amboiii...cakap tak hengat! =)

Bila boring takde kerja, akak layan la FB kejap2. Nak jenguk FB lama2 pun bosan..kan kecuali kita buat bisnes, harus la jenguk FB all the time. Eh..akak pun ada IG tapi followers tak sampai 300 orang...kikikiki. Baru2 ni buka FB, ternampak satu promo tentang fitcamp. Ni macam offer untuk sapa2 yang nak buat workout or exercise waktu malam, kat tasik titiwangsa. Yang jadi interested sebab exercise tu start lepas Isyak, dalam sejam gitu jek. Tempat exercise pulak, tak jauh mana dari rumah...so interested to join.

Isi borang online dan lepas submit borang tu, ada la somebody @ coach yang akan call / whatsapp kita. Coach buat interview sikit samada kita serius nak join atau tak. Dan apa matlamat kita nak join. Eh..of course la matlamat akak join ialah untuk sihat dan fit. Kalau boleh kurangkan berat badan, tu bonus...






Jangan marahhh...90% peserta yang join adalah kaum perempuan, ok sebab perempuan ni senang nak gemuk (kot?)..sebab jarang dapat exercise. Am I right, readers? Sapa2 boleh join tapi mesti umur lebih 18 tahun, kalau budak2 tu, macam tak serius pulak kan. Makcik yang umur 50 ke atas pun ada. Cuma kalau nak bawak anak2, boleh jek as long budak2 kecik ni tak ganggu orang nak buat exercise.

Budak2 kolej memang ramai, orang kerja pun ramai. Yang obesiti, yang sedang2, yang tak gemuk...semua ada la. Pakaian should be sports wear la kan tapi akak tengok ada jugek yang pakai palazo. Huh.

Follow jek coach buat workout semampu yang boleh. Kalau tak mampu, jangan buat.






Kalau rasa datang nak exercise tapi malu nak buat itu...malu nak buat ini, baik jangan datang sebab nanti matlamat tak tercapai. Lagi satu, kalau datang exercise pakai baju macam nak pergi tengok wayang...dengan sandalnya bagai, fikir sendiri la tujuan kita sebenarnya ye. Sebabnya coaches memang muda2 remaja, walaupun ada juga coach yang dah 30an..40an dan 50an.

All the coaches ni actually pernah jadi obes tapi sekarang dengan jadual makan dan menu yang sihat / betul, derang berjaya jadi slim dan fit. Tak percaya? Kalau tak percaya, kena join la.






Lepas selesai workout, ada sesi "borak2" dengan coach. Yang kiri sekali tu la coach, muda kan. Borak2 sambil timbang berat badan. Yeay!! Badan akak memang boleh tahan berat sekarang ni...kikiki. Tak sesuai dengan tinggi. Kandungan air cuma 46%, kena tambah lagi 4% untuk balance. Kondisi tulang ok. Lemak pun balance dalam badan. Tapi BMI 26, sepatutnya 23. So sapa2 yang ada BMI lebih daripada 23, layak la join fitcamp ni.

Ok, camna nak kira BMI korang??

Tinggi x Tinggi
---------------
   Berat


Tinggi tu kira dalam meter, ok. Dapat la BMI. Then, akak found out metabolic age akak tapi segan nak share sebab macam kelako =). Metabolic age ni ialah umur dalaman badan kita. Contoh, kalau pyhsical age kita 30, kemungkinan metabolic age kita 40. Haaa...gitu. Pyhsical age ni ialah umur kita sekarang.

Well, got it? Yang paling penting workout on Friday night at 8.45 dan ia adalah FREE. 

Cuma bila sapa2 bersetuju nak join premium coaching, baru la kena bayar. Premium coaching ni special sebab ada banyak tips untuk dikongsi oleh coach dan ada menu sihat.

Ok, start to workout!











king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...