Friday, December 30, 2016

bakar 100 kalori sehari


Salam Jumaat yang penuh barokah. Pagi ni agak busy dengan urusan persekolahan anak dara yang diam2 dah pun masuk form 3. Next year kena reduce sikit aktiviti kayak dia tu since bulan Mei dah ada evaluation for PT3. Akak yang nervous bila anak2 ada big exam macam ni. Normal la kan as a mom :)

Petang semalam sempat buat light workout (15 minutes cycling & 10 minutes jogging). Akak prefer cycling dulu sebelum jogging sebab badan rasa lebih ringan untuk berlari. But it's ok, depends on you. Depends on keselesaan uolls kalau nak exercise. Yang penting, jangan paksa diri untuk buat sesuatu exercise yang tak mampu. Contoh exercise yang tak mampu is plank. Normally orang buat plank selama 30 saat tapi kemampuan akak cuma 15 - 20 saat jek. It's ok.

Hari ni akak nak share beberapa kaedah macamana kita nak bakar 100 kalori sehari. Info ni pun akak dapat daripada coach Khalid kat IG. Beliau banyak share pasal pemakanan yang sihat dan exercise yang elok untuk kita. Cara mudah untuk bakar 100 kalori sehari ialah....


Berjalan pantas selama 15 minit
Lompat bintang selama 5 minit
Senamrobik selama 15 minit
Naik tangga selama 10 minit
Sapu sampah selama 25 minit
Basuh kereta selama 20 minit






Berjalan pantas atau fast walking ni memang paling mudah nak buat kan. Kalau datang ofic tu, just letak kereta jauh sikit daripada ofic, then boleh jalan pantas ke ofic. Ataupun during lunch hour ke, pada yang suka pergi window shopping macam akak, boleh buat fast walking during window shopping. Rasanya lebih 15 minit kita berjalan kan. Sambil2 tu boleh escape guna lif atau esculator sebaliknya guna tangga untuk naik ke tingkat atas. Believe me, exercise naik tangga ni memang menjadi untuk kesihatan kita.

Refer to foto kat atas tu, banyak benefits daripada aktiviti fast walking ni. Antaranya ialah mengurangkan osteporosis (sakit sendi tulang), menguatkan kaki dan mengurangkan risiko glaucoma (rabun mata).






Sapa2 yang suka melompat tu, boleh buat lompat bintang atau jumping jacks. Lunch hour boleh buat tapi becareful of your movements. Cari ruang yang sesuai dan selesa ye unless uolls memang surirumah, so tak ada problem nak buat. Anytime.

To tell you, buat jumping jacks ni agak meletihkan (bagi akak) sebab daripada duduk nak melompat. Kalau time muda2 dulu, okay la jugek kan nak melompat even boleh masuk olahraga lagi tapi bila umur dah masuk level midi ni, quite tough untuk buat berulang kali. So slow and steady.





Senamrobik atau aerobics ni memang favourite akak all the time sebab memang enjoy and have fun bila buat exercise ni. Tiada paksaan tapi tengok la apa benefit dia. Buang rasa malu dan buang jauh2 rasa nak kontrol cun tu. Bila ada rasa nak kontrol cun, tu maknanya you are not ready to do exercises. Mungkin saja suka2 atau matlamat belum clear :)

Set your mind dulu, untuk apa nak buat exercise atau workout ni. Then, put down your handphone during exercises, baru boleh focus.

Thank you to my instructor yang tak jemu2 guide akak untuk terus buat workout.




No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...