Tuesday, November 1, 2016

apam beras simple







Akak bukan terer masak kuih-muih, memang tak reti masak kuih pun. Takat nak makan 5-6 biji, baik akak beli jek. Tapi kadang2 tak semua kuih yang dibeli, rasanya sedap. Tak semua memenuhi citarasa akak. Kadang2 ada kuih yang too sweet, macam nak suruh akak kena diabetes jek. Kadang2 ada jugek kuih yang rasa tawar gitu. Memang susah nak dapatkan kuih yang sempurna.

SRK memang sedia maklum yang akak memang tak reti masak kuih =)

Tapi SRK cakap, akak yang malas nak masak kuih. Aisssshhhh....

Okay la, akak reti jugek masak kuih2 yang simple, seperti buah melaka, agar2, puding roti, karipap, puding karamel, kuih lapis etc. Eh!! Patut la SRK cakap akak yang banyak vitamin M. Lebih daripada tiga jenis kuih yang akak tau buat kan...kan..kan.. kira okay la tu. 

But frankly speaking, akak bukan pakar masak kuih, tak macam mak akak yang pandai buat macam2 jenis kuih. Tapi baru2 ni, saja main masak2 kuih dengan anak dara. Projek main masak2 ni timbul bilamana we all boring sesangat duk kat rumah. So, pilih punya pilih, we all ambik keputusan untuk masak kuih apam beras. Kuih apam beras ni actually kegemaran anak dara. So, berbaloi nak buat.

Okay...firstly tengok kat dapur, stok food color hanya ada kaler merah. Kaler lain, takde. Tak pe la, proceed jek dengan kaler merah. Stok tepung gandum dan tepung beras, ada. Gula? Ada. Mauripan? Ada jugek. Okay, boleh proceed to the next step. Resepi apam beras yang simple ni, akak dapat daripada internet...rasanya.

Bahan2 yang diperlukan, 3 cawan nasi. 3 cawan tepung beras. 1 cawan tepung gandum. 1 paket mauripan. 1 1/2 cawan gula (ikut suka nak manis macamana). 3 cawan air.

Cara2 nak buat apam beras simple ni, blend nasi dengan air dan kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan2 yang lain tu. Gaul semua bahan tu sampai sebati dan perap 40 - 50 minit atau satu jam. Selepas tempoh perap, tengok macamana bahan tu naik kembang. Cantik!

Tuangkan dalam loyang atau acuan apam dan kukus hingga 45 minit.

Siap!





No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...