Monday, October 17, 2016

beauty expo @ KL convention centre







Sabtu lepas, separuh hari habiskan masa kat KL Convention Centre dan Bukit Bintang. Follow kawan pergi International Beauty Exhibition. Nak masuk situ bukannya free, kena bayar RM15 sorang kalau register tanpa name card. Name card pulak mesti yang related dengan beauty. So akak guna name card kawan =)

Nak kena isi form bagai, macam kita nak masuk ke Mood Republik tu. Bila krew tu tanya apa designation, rasa nak gelak pulak bila sebut "beautician". Apa taknya, beautician lain dressing dan make-up bukan main lagi tapi akak? Sempoi giler.







First time menerjah ke expo yang macam ni tapi produk2 kecantikan memang banyak offer kat expo ni. Sapa2 yang ada salon atau buat part time facial ke apa, memang boleh borong produk2 kat situ. Murah sesangat. Boleh beli hair dryer 3 unit @ RM100. Bukan hair dryer yang kokak2 tu tapi hair dryer yang selalu beautician guna kat salon tu.

Argan oil boleh beli dengan harga RM30 per unit, compare dengan harga sebenar kalau tengok kat online website atau IG, 3x ganda mahalnya. For those yang kurang tau fungsi Argan Oil ni, minyak ni elok untuk kurangkan keguguran rambut. So far berkesan. So, rugi tak beli.







Anak dara posing merata...hehe. Kelengkapan rambut dan muka such as sikat, sikat gulung, sikat untuk tepek inai kat rambut, face brush etc, memang jual murah2 semua. Harga mampu milik sangat, siapkan duit jek. Macam2 produk local dan international ada jual kat situ. Memang event ni untuk target pemilik2 salon dan seumpamanya.






Okay, ni bukan pelakon Korea tapi agent produk Atomy, pure dari Korea. Atomy ni lebih kurang macam Cosway dan Amway la tapi still new in Malaysia. Akak terjebak sekejap dengan Mr.Chris dari Korea ni sebab macam best pulak tengok produk2 dia yang organik dan tak ada chemical. So, jadi member dengan Atomy for no charge. Pic ni as a prove, that's all.








Derang ni ada buat program on stage tapi tak sempat nak tengok. Lagipun majority of the participants are Chinese. Yup, kat situ memang susah nak tengok orang Melayu, ada jumpa tapi boleh bilang la. Ramai Chinese dan foreigners.  








Anak2 menyamar jadi beautician dan trainee, baru la dapat masuk free. Dua2 terlebih excited sebab dapat follow pergi exhibition macam ni. Anak2 perempuan memang macam ni, pantang dengar pasal barang2 kecantikan.







Live practical kat salon kawan akak. Saja belajar2 camna nak keringkan rambut customers. Lama2 pandai la tu.

Sempat lagi sapa2 yang nak pergi ke expo ni tapi kena cepat sebab hari ni last day!







mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...