ulam daun selom







Lately anak2 memang kuat makan, budak2 tengah membesar kan. Kejap2 nak makan, kejap2 masuk dapur cari food. Kejap2 buka peti ais cari food. Pendek kata sekarang ni kerja budak2 ni...makan tidur makan tidur jek. Tapi akak dan SRK suka tengok anak2 kuat makan. Seronok!

Satu perangai anak2 ni, kalau masing2 dah lapar...laju jek derang tolong ummi memasak kat dapur. Kalau tak lapar, derang buat dek jek.

Sesekali ajak SRK pergi pasar sebab nak cari ulam-ulaman. Memang banyak ulam, pilih jek yang mana suka makan. This time terasa nak makan ulam daun selom. Sesetengah orang panggil "daun ceylon"..hehe. Makan ulam ni cicah dengan sambal tempoyak. Terangkat uolls.

Memenuhi permintaan anak2 dara, masak la sambal sotong. Harga sotong sekarang ni rasanya dah turun sikit (kot?). Sambal sotong ni favourite semua orang kat rumah. SRK pun suka. Satu lagi masak gulai ayam masak lemak cili padi. Bubuh cili padi 4-5 biji dah bersiul anak2 makan..hehe. Tak pedas tak kick. Gulai ni pun semua orang suka, masing2 bertambah nasi.

Syok jugek sesekali makan food yang pedas2.





Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL