throwback @ merdeka day



Lama akak tak update blog akak ni, mood busy + vitamin M melanda secara tiba2. Banyak jugek cerita nak tulis tapi tak tertulis2, berlalu bagai angin lalu =).

Tapi nak throwback sikit pasal hari kemerdekaan yang lepas. Once in a life time, bawak anak2 pergi Dataran Merdeka untuk tengok sendiri macamana perarakan merdeka dibuat. Selama ni anak2 tengok kat tv jek, tu pun tengok separuh sebab lambat bangun tidur..





Pukul 6 dah kejutkan anak2, lepas solat subuh dah kena gerak ke stesen LRT, tu pun dah kira lambat kan. Orang lain solat subuh kat masjid jamek kot. Nasib baik tak liat nak bangun sebab masing2 tidur lewat. Pukul 6.40am baru naik tren, orang dah ramai kat stesen tren. Semangat memasing. Seronok tengok. Sampai kat masjid jamek, boleh katakan cuaca gelap lagi. Tambah pulak baru lepas hujan. Tapi seat dah penuh.






Tengok la penuh ke tak seat tu, masing2 datang awal sebab nak kan tempat duduk, kalau tidak jenuh la berdiri 2-3 jam. Ada yang bawak anak2 kecik lagi. Paling tak tahan tengok orang bawak baby. Kalau akak, tak sanggup nak bawak baby. Bukan sebab apa, satunya sebab environment sesak macam tu tak sesuai untuk baby. Keduanya, kesian kat baby sebab kat situ bila dah terlalu ramai manusia, oksigen pun macam 50-50. Belum campur dengan hujan renyai2 yang turun kejap2 pagi tu. So, tak sesuai la bawak baby.






Bila dah cerah sikit, makin ramai manusia. Segala jenis manusia ada, tahan atau tak tahan jek duduk kat situ tapi sebab nak tengok live perarakan merdeka tu, anak2 akak sanggup redah lautan manusia. Nasib baik ada SRK jadi bodyguard kami. SRK redah, kami ikut belakang :)

Redah punya redah dah sampai dekat2 dengan seat VIP dah. Sempat la tertengok our PM lalu naik kereta, bukak cermin tingkap dan lambai2 kat orang ramai (as usual).






Budak2 excited tengok benda2 ni kan, termasuk la anak2 akak. Walaupun anak2 dah besar tapi tetap terkesan dengan watak2 ni. Semua bersorak!







Well, malam sebelumnya, anak dara akak ambik bahagian untuk turut sama mendengar amanat YAB PM kita kat PWTC. Budak2 ni pergi atas tiket group pengakap laut sekolah derang. Semua excited nak pergi PWTC...ye la...nak attend majlis besar dengan PM. Lagi excited bila reporters buat interview.








At the same time, bukan hanya masuk dalam tweeter Bernama tapi muka derang masuk jugek dalam paper Harian Metro. Tambah excited lagi budak2 ni, happy tak terkata. Berbaloi la pergi dengar amanat.

:)







Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL