dinner @ thai food








Baru2 ni tetiba SRK ajak dinner dengan kawan2 dia. Pucuk di cita, ulam mendatang kan. Rezeki jangan ditolak macam tu jek. Akak setuju tanpa prejudis...hehe. Tapi tempat nak makannya berdekatan water front Ampang nun. Nak pergi pulak time orang tengah balik dari tempat kerja, sahih memang sesak la. Benci betul nak hadap jem. Apapun gerak jugek slow2. Akak jadi tabah sebab SRK yang drive! =)

Tak ingat la nama tempat makan ni tapi ada satu kawasan tempat makan, depan tu macam ada rumah2 teres. Banyak kedai2 makan kat situ. Ada sorang kawan SRK ni dah falling in love dengan sambal petai + udang yang ada kat situ. Alahai.







Kat meja kami jek ada bunga dalam kole tu tau. Sebab akak tengok kat meja lain tak ada pun kole berbunga tu. Kira special la kononnya tapi at last terpaksa alihkan kole bunga tu sebab tak muat nak letak lauk-pauk dah.

Sori, teh ais dia tak berapa kaw sebab agak cair. 






Niat semua nak makan nasi tapi ada pulak yang nafsu makan terlebih sudah, order jugek satay. Ni bukan makan dah namanya tapi melantak. Ada tomyam merah, sup daging, kerabu sotong, telur dadar. Ikan siakap masam manis, sambal petai dan kailan ikan masin tak sampai lagi time ni. Bila ikan siakap sampai jek, tak sempat nak snap gambo, kejap jek dah tinggal separuh.

Makan lauk banyak macam ni, kenyang sampai ke pagi! Alhamdullillah.



Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL