Wednesday, August 24, 2016

potluck lagi






Baru2 ni buat potluck lagi, rezeki memang murah pada hari Jumaat. Tapi akak dah buntu nak masak apa untuk kawan2. Yang dulu, akak masak murtabak maggi, cincai2 jek buat. This time jenuh google nak cari idea, padahal banyak jek benda yang boleh masak.

Cari idea tu sebab nak cari food yang mudah dan cepat dimasak, tak guna banyak bahan, bahan senang dibeli...haa...gitu. At last masak puding roti jek la. Buat puding roti ni memang tak banyak hal, bahan pun mudah cari. Akak kukus jek puding roti ni. Done!






Wow..roti jala makan dengan serawa durian. Memang marbeles gitu, makan pun ada feel sebab memang sedap serawa durian yang kawan masak ni. Musim durian tak abih lagi kan...so terhidang la serawa durian.







Nasi lemak tak boleh miss sebab banyak request, especially request daripada staf2 lelaki, bimbang tak cukup kenyang nak makan roti jala dan puding. Alahai...so nasi lemak ni, beli jek.






Okay..yang sebelah kiri tu pun kawan akak beli jek, menu yang sesuai untuk orang2 yang tengah jaga diet. Menu sihat tu, ada buah tomato, ada daun salad. Then, ada french toast dan dim sum melayu. Best tengok ada banyak pilihan makanan ni.







Nasi goreng cina! Actually benda ni la yang terfikir kat kepala akak sebab dah tak ada idea sangat, why not tanak nasi banyak2 dan buat nasi goreng. Tapi tak jadi sebab dah ada niat nak buat puding roti. Alhamdullillah ada jugek rezeki nak makan nasi goreng cina.






Buah2an tak boleh miss jugek sebab big bos suka makan. Bukan big bos jek, we all pun suka makan buah2an. Anggur pulak tu. Asalnya request buah kiwi, strawberry..gitu tapi "banyak" la nak request kat orang, buah2an yang mahal2...kui3x.






Kueh-mueh also in da house! Cucur badak, ketayap, sardin roll dan pulut panggang. Ni pun dah mencukupi. Food yang tak sempat nak snap, capati dan kuah daging kisar, rendang ayam, ayam masak merah dan nasi impit. Banyak yang nak dimakan, sampai lunch pun tak abih lagi.

Alhamdullillah, thank you kawan2!












No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...