Tuesday, August 2, 2016

workout semula







Lepas kena tazkirah dengan gym instructor, paksa kan diri masuk gym...nak start exercise semula walaupun vitamin M banyak sangat dalam badan ni. Badan tak bersalah, kepala ni yang banyak "menerawang" benda2 lain. Pukul 6pm baru masuk gym, clear...sunyi sepi....tak ada manusia pun.

Bila tak ada manusia lain dalam gym ni, that means akak boleh exercise sesuka hati, tak kisah cara mana dan banyak mana pun nak exercise, tak ada orang peduli. Biasanya kalau ramai orang, kena tunggu turn nak guna threadmill, tunggu nak situp, tunggu nak cycling. Bila sorang2 diri kat gym, memang heaven giler!

Oleh kerana dah dua purnama tak buat workout, petang semalam cuma jogging 25 minit dan situp 10 minit. Nak buat yang tu pun...letih macam angkat kayu balak. First day workout memang macam ni. Bila dah sampai rumah, time2 rehat tu la baru rasa sakitnya kaki ni. Betis memang stress giler...rasa nak tercabut..huhu. Tapi selepas beberapa hari nanti, semuanya akan jadi okay.

Bukan nak slim tapi nak try to stay fit. Tapi kalau tetiba berat badan pun turun, bonus la tu.

=) 

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...