Throw back aktiviti akak dan anak2 on last sunday. Actually pergi beli barang2 dapur kat Giant Batu Caves, then tiba2 anak2 dara mengajak abahnya ke gua Batu Caves sebab tak pernah tengok gua tu. Akak on jek sebab nak tengok jugek rupa gua tu dan nak tengok dari jarak dekat apakah betul2 emas patung tu??
But actually akak setuju nak pergi sebab boleh exercise naik dan turun tangga, boleh la keluarkan peluh sikit. Entrance fee is RM2.00 untuk apa jua jenis kenderaan. Nak naik ke gua, free of charge. Berapa kali korang nak turun naik pun takde hal.
Jakun sekejap sebab selama ni memang tak pernah sampai ke situ, tak pernah cuba untuk naik tangga yang tinggi dan curam ni. Untuk info, jumlah anak tangga yang perlu didaki ialah sebanyak 272 anak tangga. Alangkan tangga ofis yang baru ada 20-30 anak tangga, dah macam nak mengah, tak tau la macamana nak naik kat Batu Caves ni.
Tapi semangat kena kuat, lagipun SRK cakap..."kata dah buat straight workout seminggu..". Ewah...sempat lagi dia perli,
Anak2 dara laju jek naik tangga, sekejap jek dah sampai atas..tinggal la ummi kat bawah terkial-kial nak naik. Abahnya pulak just tunggu kat bawah sebab dah beberapa kali naik sebelum ni. So, pakcik ni malas nak join, perhati jek anak bini buat exercise =).
Pelancong memang ramai, berbilang bangsa ada tapi melayu tu minoriti la. Boleh bilang. Yang ramai cina dan mat saleh. India tu tak payah cakap la kan....tempat dia.
Just imagine nak naik tangga ni tapi setiap dalam 15-20 anak tangga, akan ada satu port landai. Boleh la nak rehat kejap. Akak dah naik sampai 3/4 tapi oleh kerana banyak sangat monyet2 yang menunggu something daripada pengunjung, akak gostan turun balik. Tak nak ambik risiko dengan monyet sebab unexpected. Lagipun akak naik sorang2, kalau ada SRK..boleh protect.
Dah ada experience pasal monyet ni, kat Teluk Cempedak dan Langkawi. Monyet2 ni memang interested dengan food dan beg2 kita. Tambah lagi memang ada pengunjung yang memang bawak food untuk monyet, lagi la monyet2 ni tunggu. Terbantut hasrat nak naik tangga sampai atas.
Actually cantik gua ni. Pic atas tu atas ehsan anak2 akak, derang yang masuk sampai dalam gua. Tak ada apa sangat kat dalam gua tu melainkan patung2 dan we all lebih berminat kepada rupa bentuk / fizikal gua tu. Memang menarik. Rasanya last akak masuk gua kat Jerantut, few years ago.
This is one of interesting places yang boleh pelancong pergi tapi disebabkan tempat ni dah jadi tempat ibadat agama Hindu, so some of the "props" dan kedai2 sekitar banyak berkaitan dengan hal2 ibadat derang la. If not, maybe tempat ni boleh jadi satu tempat pelancongan yang sangat menarik.
Boleh tengok kat pic tu macamana keadaan atas gua. Udara agak lembap sebab ada titisan air jatuh daripada atas. Kalau sapa2 yang minat dengan keunikan gua, boleh la pergi ke situ.
Okay, kat kawasan bawah tu ada tempat dimana burung2 merpati suka landing. Tapi kena becareful sebab burung2 merpati ni sesuka hati jek nak "lepaskan hajat"!
The next day, baru rasa betis dan peha ni macam bengkak! =)
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...