Monday, August 8, 2016

cantonese mee hoon @ nelly's







Hujung minggu biasanya bawak anak2 makan kat luar. Sebab hari2 kerja dah masak kat rumah, menu pulak macam lebih kurang sama jek..hehe. Ingat anak2 tak boring ke? =). Padahal boleh je nak masak macam2 tapi masa tak mengizinkan. Almost everyday sampai rumah pukul 8pm, so masak simple2 jek. Janji anak2 kenyang.

Okay, biasanya jarang bawak anak2 makan kat area jauh2 sebab malas nak lama2 on the road. Lagipun masuk jam 10pm, mata ummi dah semakin layu. So, area dekat2 rumah memang banyak jugek tempat makan. Ada burgerbyte (favourite anak2), ada bistro, ada kedai2 masakan panas. Semua dekat2 jek, so pilih jek yang mana berkenan dan apa menu yang berselera nak makan.

This time, akak bawak anak2 ke Nelly's, only 5 minutes dari rumah. Each of us ordered food yang berbeza so that masing2 boleh rasa food orang lain...nak rasa sedap ke tak. SRK memang confirmed makan nasi sebab dia lidah oghe Kelate. Akak makan kueteaw kantonis, ada kuah. Sedap. Si kakak makan mee hoon tomyam. Sedap jugek sampai tak cukup katanya.

Last...si adik makan mee hoon kantonis. Tu dia...sekali datang beropol-ropol uolls...terperanjat budak kecik ni...hehe. Tapi rasanya okay, sedap. Budak kecik ni makan mee hoon jek, sayur2 semua tolak kat ummi. Ummi memang suka makan sayur kan.

Alhamdullillah semua puashati tapi sampai kat rumah, budak2 ni masak roti telur pulak!

:)

king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...