Since gym kat ofis tu dah sesak dengan orang dan akak kena tunggu turn lama untuk membolehkan akak guna threadmill dan bicycle, so akak moved ke tasik titiwangsa untuk exercise. Kebetulan pulak anak dara yang besar ni nak join jugek pergi tasik. Ambik dia dulu kat rumah then baru ke tasik.
Sambil2 tunggu adik dia training kayak, sempat la we all kayuh basikal. Salah satu aktiviti yang famous kat tasik ialah berbasikal. Bersimpang-siur orang berbasikal, macam2 jenis basikal. Jangan bimbang kalau bawak anak2 sebab kemudahan berbasikal untuk parents yang bawak anak pun ada.
Pay RM10 for single dan RM20 for double. Akak dan anak dara sewa basikal single, masing2 punya hal nak speed camna...nak drift ke...kan. Kalau excident pun...sorang2 =)
Masa ni dah parked basikal kat tepi tempat main waterball, tunggu anak dara sorang lagi selesai training. Rezeki di petang hari, dapat 2 bekas air free sebab bro yang jual air tu dah nak balik, so dia sedekahkan air kat orang2 sekeliling. Alhamdullillah, semoga rezeki bro tu semakin bertambah.
Basikal jenis ni rare sikit sebab basikal lama. Handles dia pun macam liar semacam, kena pandai kontrol. Tambah lagi kat tasik tu...sangat ramai manusia yang sedang beriadah, macam2 ada.
Lately lagi ramai kat tasik, maklum la port untuk couple dating...sepanjang tepi tasik tu memang ramai la couples yang duduk syahdu2 kat pangkin tu. Kadang2 lawak jugek tengok gelagat masing2 tapi satu hal jek la yang akak tak minat. Time maghrib kena la balik...udah2 la bercinta..kan.
Then lagi ramai sekarang sebab akak rasa pokemon pun banyak beriadah kat tasik tu. Sana-sini orang pegang handphone, kadang2 tetiba berlari ke tepi tasik, berlari ke bawah pokok, lari lagi ke jambatan. Pening akak tengok :P
Very sorry, akak tak minat langsung dengan game pokemon go ni. Tak galakkan anak2 main game ni. Langsung tak galak.
Peace :)
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...