Wednesday, August 17, 2016

giler pokemon @ pokemon giler








Okay, bukan akak mengada-adakan cerita ye. Boleh tengok sendiri macamana rakyat KL begitu terpengaruh dengan game pokemon-go. Katanya tempat ni memang port pokemon, that is why ramai sangat players yang sanggup duduk macam tu selama berjam-jam.

Selama akak tunggu anak dara selesai training kayak, akak boleh nampak yang paling ramai ialah melayu. Cina ada la 3-4 orang. India pulak...macam tak nampak. Macam ada pelbagai peringkat umur, daripada budak sekolah sampai la orang2 yang dah bekerja. Cuma tak nampak lagi warga veteran berlonggok kat situ nak cari pokemon.

Ini fenomena biasa, almost everyday kat tasik titiwangsa. Boleh tengok keadaan macam ni sampai matahari dah nak terbenam (maghrib), they all still kat situ.

Hebat pokemon-go ni kan! 

Why not PDRM wujudkan aplikasi untuk detect di mana penjahat?? Boleh bubuh nama game, PENJAHAT-GO. Eh...akak gurau jek.

=)

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...