Tuesday, July 19, 2016

popia goreng : back to school







Alhamdullillah, Allah SWT izinkan akak berpuasa bersempena bulan Syawal ni, bersempena jugek Hari Putih iaitu 13, 14 dan 15 Syawal. 

Semalam memang tak sempat nak memasak sedap2 dan banyak2 sebab anak dara kecik dah pun kembali berlatih main kayak. By 7.00pm dah kena keluar ambik dia kat tasik dan of course seperti yang dijangka, akak berbuka kat dalam kereta jek. Balik kerja sempat siapkan bahan2 untuk masak yee mee sup dan popia goreng. Nak buat benda2 tu saja, dah dekat pukul 7.00pm.

So, letak serunding atas roti dan bawak bekal dalam kereta. Confirm kena berbuka dalam kereta. Memang betul sangat, sampai kat tasik dah dekat maghrib.

Meanwhile minta tolong anak dara sorang lagi siapkan popia. Budak yang sorang ni, dah lepas sekolah baru la rajin nak berjinak dengan dapur. Sebelum ni memang payah sikit. Makan tidur jek kerjanya. Lega bila sampai rumah, tengok2 popia semua dah siap.

Nak share inti popia yang akak buat semalam, ni versi ikut suka hati akak =).

Tumis bawang besar, bawang putih, telur dadar dan sosej, dengan planta / margerin. Then bubuh black pepper powder dan garam. Tumis la sampai masak. Done.

Why popia back to school? Sebab pic ni anak2 yang snap kat atas meja belajar derang masa kecik. Boleh simpan lagi meja ni. Woha!

:)

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...