Monday, July 18, 2016

mee goreng sedap @ peria katak







Kelmarin keluar dating dengan kawan sekolah rendah, lama tak jumpa dia padahal kampung dekat2 jek. Bila dah umur macam ni, terbatas sikit la kita nak dating2. Tapi kelmarin macam tergerak hati dan terfree pulak nak jumpa. Jumpa kat domino's wangsa maju. Sama2 dekat nak terjah.

Omputeh sangat, lunch pizza jek uolls. Tapi abis dua set pizza dan tapaw bawak balik lasagna. Akak sebenarnya jarang makan kat domino's ni, lawak pulak bila tunggu turn macam kat klinik. Panggil nama bagai =).






Ni lasagna yang akak tapaw, kawan yang belanja. Rezeki anak2. Dalam gambar macam besar jek saiznya tapi sebenarnya kecik jek lasagna ni, kena catu nak makan...baru semua merasa.

Okay, malam tadi feeling nak makan mee goreng sedap. Nak makan ala2 hispter gitu, akak goreng peria katak dengan cili hijau dan bawang merah. Goreng garing sikit, then tabur atas mee goreng sedap tu. Done. Buat air horlick segelas.

Peria katak banyak khasiatnya kan, antaranya ubat cegah kencing manis. 

Anak2 pulak...biar derang makan nasi.


throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...