Tuesday, July 19, 2016

mural @ muar bandar maharani







Muar: Lukisan mural di bangunan empat tingkat di Jalan Bulatan Bakri di sini, diiktiraf sebagai lukisan mural terbesar oleh Malaysia Book of Record, hari ini.
Lukisan bertema kasih sayang antara dua beradik itu dilukis pelukis Russia, Julia Volchkova di dinding setinggi 11.8 meter dan selebar 9.45 meter.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siow Kiong berkata, kejayaan itu hasil kerjasama komuniti setempat yang membawa enam artis ke daerah ini.
Menurutnya, ia membuktikan pemuafakatan antara rakyat dan kerajaan negeri bagi membangunkan daerah ini.
"Muar yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai produk bersejarah dan makanan enak, kini mempunyai produk baru dari segi kreatif dan inovatif," katanya.



Terbaca cerita pasal mural yang diiktiraf sebagai mural terbesar kat negara kita ni. Mural ni boleh dilihat di Muar, Johor. Cantik lukisan mural ni, boleh menggambarkan keakraban adik-beradik dan boleh jugek dilihat dari aspek kasih-sayang dan keikhlasan hidup. Teringin gak nak pergi tengok.

Teringat pulak mural yang dilukis oleh pelukis hebat, kat sekolah anak akak. Cantik lukisan2nya dan antaranya ada lukisan mural pemain gendang. Tetiba anak akak cakap sejak ada mural ni, keadaan kat sekolah pada waktu malam dah jadi lain. Kadang2 ada orang ternampak watak2 dalam mural ni bergerak, terutamanya watak yang bermain gendang tu. Watak bermain gendang betul2!

Maka ada la beberapa student yang cuba nak skodeng mural ni pada waktu malam, nak sahihkan cakap2 orang tapi belum ada yang berani. Akak pun rasa nak skodeng jugek, nak tau betul ke atau auta orang jek.

Jom kita skodeng kat Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul.





No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...