Thursday, July 28, 2016

mini gathering @ KUEH, shah alam







Sabtu lepas, akak join mini gathering dengan kawan2 lama...kawan2 masa kat kampus ceruk tu..dulu. Semua dah over 40....oppsss...tapi perangai masing2 still maintain tak hengat. Padahal anak2 ada yang dah masuk universiti tapi ada lagi yang beranak kecik. Woha! 

Plan nak jumpa pun dah last minute. so hentam jek la pilih lokasi. At last, plan jumpa kat Restoran Kueh kat Seksyen 13, Shah Alam. Oleh kerana akak ni "expert" sangat dengan jalan2 kat Shah Alam tu, makanya akak tumpang kawan jek la...hehe. Kalau pergi sendiri, bimbang sampai malam tak jumpa2 restoran ni...huhu. Rupanya tak la susah sangat nak cari kalau ikut highway NKVE.






Okay...yang ni akak suka. Owner restoran siap gantung benda ni, nak maklum kat pelanggan yang restoran ni tak ada wifi. Good. At least tak ada la sapa2 yang nak guna wifi...then duk hadap handset jek walaupun kawan2 ada kat depan mata. Kalau bawak anak2 kat situ, forsure derang tak suka..hehe.







Okay...ni menu minuman derang, not bad. Kalau tak silap, restoran ni dah masuk JJCM TV3 kan. Kalau sapa2 yang "hantu nasi", ni memang bukan lokasi pilihan la. Boleh makan nasi lemak kat restoran sebelah. Cuma kalau minat minum coffee, In Shaa Allah ada pilihan.







Jom tengok interior design dia. Akak memang minat betul kalau restoran guna meja dan bangku kayu gitu. Menarik sangat, nampak rugged. Kaunter order dan bayaran pun unik.







Ada mural tulisan KUEH kat dinding tu, sekali pandang macam tulisan tamil. Dua kali pandang, memang tulisan tamil pun =). Ada kelainan. Ada bunga kat atas meja...simple tapi cantik dan santai.







Kalau dah nama Restoran Kueh kan, mesti la banyak kuih. Sederet tu semua kuih2, korang pilih jek mana yang berkenan. Ada kuih moden dan tradisional. Seronok tengok kuih banyak2 gitu...rambang mata akak!








Okay...oleh kerana akak dah lama tak makan kuih tepung gomak, maka akak pun layan la tepung gomak. Sedap rasanya, macam tepung gomak yang akak selalu beli kalau balik kampung. Original lagi rasanya. Boleh bagi 4 bintang. Kuih2 lain tu ambik juga sebijik2, nak feel rasa camna. Kalau okay, boleh rekomen kat member2.







Owh...pavlova pun ada, so peminat pavlova jangan lepas peluang. Tapi akak tak makan sebab bila jamah sikit, rasa manis sangat. Akak out la kalau manis2 sangat ni, takutttt.... :)

Cantik kan pavlova dia, menarik dan tertarik gitu. Strawberry tu kena fresh.







Belek punya belek menu dia, akak pilih makan soto sebab macam best jek. Memang best pun, makan separuh dah kenyang, tak larat nak habiskan nasi impit tu. 







Anyway, kepada yang memang minat makan nasi, ada tiga jenis nasi dalam menu. Pic atas tu set nasi hujan panas. Kalau tak silap, cuma RM12 gitu. Ada ayam masak merah, papadom, kuah kari dan acar comel. Tak larat akak nak makan nasi hujan panas ni, sebab sebelum tu dah breakfast nasi lemak.








Untuk peminat2 coffee, memang ada pelbagai jenis coffee. Yang ni we all order for the second round, lepas siap makan soto, nasi dan kuih bagai tu. Order coffee pulak sebab tak habis2 lagi menyembang, banyak sangat benda nak share, nak tanya, nak bincang. Maklum la backgorund kerja masing2 berbeza-beza....macam2 nak share.

Well done mini gathering untuk wakil daripada TM, remisier, IT expert, cikgu, Alam Flora, PLUS and few private companies. Owh...just realized yang kawan2 ramai kerja dengan private company. Income lagi berbaloi...kot.. 
















No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...