Monday, June 27, 2016

mee mamak @ agar2 sirap bandung








Teringin nak masak mee mamak, macam sedap kan. Biasa makan kat kedai mamak jek...ada yang sedap, ada yang kurang sedap. So, cuba pulak masak sendiri mee mamak. Apa sebenarnya punca dipanggil mee mamak? Akak agak2 la kan...sebabnya masa kita tumis bahan2 asas nak masak mee ni, ada bubuh serbuk kari sikit. Kari kan sinonim dengan mamak =)

Ok, nak share sikit resepi mee mamak versi akak. Tumiskan bawang putih, bawang besar, serbuk kari ayam dan cili boh sampai naik minyak. Bila dah naik minyak, baru la masukkan ayam, fish ball dan fish cake. Kalau ada udang atau sotong, lagi sedap. Of coz.

Masukkan kicap pekat, sos cili dan sos tomato serta garam. Gaul lagi dan masukkan mee kuning. Gaul sampai rata dan pecahkan kepada dua bahagian (buat lubang kat tengah kuali). Pecahkan telur kat tengah2 tu dan gaul la dengan mee. Siap. Oppsss....sawi limited sangat dalam resepi akak ni sebab nak jimatkan masa anak2 bila nak makan. Tak la anak2 kena kutip sayur satu2...dan buang.

Sebelum tu, akak dah kacau agar2 sirap bandung. Saja bubuh dalam bekas bulat2 tu sebab senang nak makan. One for me, one for you...gitu... Tapi agar2 tu terkurang sikit manisnya...SRK tak minat. SRK memang suka manis.

iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...