Thursday, June 30, 2016

iftar @ ofic









Ni program iftar minggu lepas tapi tak sempat nak update, busy memanjang. Ofic buat program iftar dengan kementerian, kami boleh tumpang makan. Alhamdullillah. Macam2 food yang ada, pendek kata penuh la meja dengan macam2 jenis makanan. Maklum la, nafsu tengah puasa memang luar biasa hebat, semua macam nak makan. Tapi bila dah berbuka, tak seberapa jek makannya.

Jarang jumpa pulut dengan serawa durian, so akak pun ambik la untuk rasa2 gitu. Makan banyak2 nanti muak pulak. Nasib baik sedap serawa durian tu. Makan kuih-muih dan buah pisang, then perut dah rasa macam kenyang. Tak boleh nak masuk nasi dah.

Tengok kawan2 lain makan nasi, semua macam berselera gitu.







Haa..tengok member sebelah ni makan, macam2 dibubuhnya atas pinggan. Ayam percik ada, gulai lemak nenas + ikan kering, sayur air petola dan bendi celur cicah dengan sambal belacan. Sekali suap...alamak..nasi pulak macam lembik je. Terbantut selera =)







Ada macam2 buah nak makan, pulasan, dokong dan laici. Kawan tolong ambikkan murtabak untuk share makan ramai2.

Alhamdullillah, rezeki sampai ke sahur sebab akak siap boleh tapau bawak balik lagi.

:)



king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...