Monday, June 20, 2016

kari ikan tenggiri @ karipap








Hello monday. Bulan puasa ni rasanya tak ada pulak feeling monday blues, maybe berkat berpuasa agaknya. Hari ni hari ke-15 kita berpuasa, alhamdullillah dapat berpuasa dengan tenang.

Weekend memang hari yang boleh akak "main2" kat dapur. Semalam anak2 request nak buat sendiri karipap sebab dah rindu dengan karipap yang wan (nenek) derang buat. Kalau beli karipap kat bazar ramadhan, belum tentu rasanya sedap kan. Lagipun, 3 biji @ seringgit gitu, nak makan banyak2 tak best. So. suruh anak2 buat karipap sendiri.

Walaupun rupa karipap tu tak la cantik sangat macam orang2 lain buat tapi budak2 ni puas hati la dengan hasil usaha gigih masing2. Akak guide jek cara nak buat dan tolong masakkan inti kentangnya. Bila dah siap karipap tu, muka masing2 memang puas hati dan excited gitu =). To share camna akak buat doh karipap ni, mudah jek. Tepung gandum dicampur dengan minyak panas dan air garam. Tak guna marjerin pun. Uli la ikut kelembutan doh yang uolls nak. Done.

Meanwhile, SRK tolong masak kari ikan tenggiri. Kebetulan semalam kat pasar tu harga ikan tenggiri macam murah sikit daripada biasa. Why not kan beli la sikit. Dah lama tak makan ikan tenggiri ni. SRK masak campur dengan sayur bendi, memang match la kan.

Lain2, goreng udang kecik2 tu, nak lagi rangup...udang tu gaul dengan tepung gandum dan baru la goreng. Boleh makan macam makan kerepek gitu. Then, goreng daging ala kelate. Rebus dulu daging tu sampai kering airnya, baru la isi minyak dan goreng la dengan bawang besar, cili hijau, sos tiram, garam dan kicap manis. Done.

Alhamdullillah, juadah home made.



king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...