Wednesday, June 22, 2016

ikan berlada @ salad timun








Teringin pulak nak makan ikan selar masak berlada. So akak pun masak la tiga ekor. Tiga ekor pun dah cukup kami empat beranak sebab anak2 dara tak nak makan ikan selar. So, cukup sangat sampai ke sahur. Ikan selar pun saiz tak besar mana, sedang2 jek.

Then, ter-rajin pulak nak buat salad timun. Timun + lobak merah + buah tomato + bawang merah + cili api + garam + gula. Siap. Jangan lupa perah air limau kasturi atau lemon. Akak suka beli timun jepun tu sebab less biji. 

Nak share sikit pasal khasiat timun ni, antaranya dapat menurunkan suhu badan dan menyegarkan mata. Selain daripada tu, timun jugek dapat menurunkan tahap kolestrol. Sebab tu kalau orang mengalami sindrom badan sejuk2 gitu, boleh la elak daripada makan timun. Nanti lagi sejuk badannya.

:)



pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...