Wednesday, June 15, 2016

iftar @ hotel istana








Kadang2 kita tak tau rezeki kita macamana dan jangan pulak kita cakap rezeki tu datangnya daripada manusia melainkan daripada Allah SWT. Manusia itu perantaraan jek. Ni rezeki berbuka puasa kat Hotel Istana, KL. Tak sangka pulak SRK ajak join iftar kat situ, dengan kawan2 dia. Bawak anak2 sekali.







Makanan memang mewah la, sampai tak tau nak makan apa. Anak2 jadi jakun kejap, kalau boleh semua nak makan tapi tak mampu..hehe. Aiskrim keladi + durian ni memang sedap sebagai dessert pembukaan. Ada wafer lagi tu dan coklat, hebat rasanya.








Ronda punya ronda, ada nasi beriyani...ada kueteaw, ada noodles soup, ada western foods dan macam2 lagi la yang kita impikan nak makan waktu berbuka. Pendek kata memang banyak sangat food dia, sesuai la dengan harga satu kepala RM168 / RM148. At last, teringin nak rasa lemang pulut hitam. Makan dengan serunding daging dan kerutup daging (kot?).








SRK ambik kan kambing bakar, sedap..tak bau hamis, sos black pepper pun menikam kalbu gitu. Licin sepinggan, share dengan SRK. TQ abg!








Rezeki untuk anak2 jugek, dah lama tak makan kat hotel...derang kata. Iye la, last makan kat hotel ni...hmmm...sampai tak ingat..kan..hehe. Kakak dan adik makan sampai sendat perut masing2. Kakak dah stop makan tapi adik still ronda cari makanan. Tak padan dengan badan kurus.








Jangan bimbang, hotel sediakan dua ruang solat untuk tampung pengunjung Muslim yang berbuka puasa kat situ, siap ada solat terawih berjemaah lagi. Luas ruang solat kat situ. Berhenti makan dan solat maghrib dulu. Bagi makanan turun ke bawah dulu.. :)








Lepas solat maghrib, sambung makan lagi. Kerabu campur2 ni pun SRK yang ambik kan, makan share 2 orang. Sedap..ratah macam tu jek, tak ada nasi. Tapi nak komplen sikit kerabu ayam dan ikan bilis tu sebab dua2 macam keras semacam. Kerabu mangga ok sangat, kerabu sotong pun ok.








Kuih puding sangat banyak, tak tau nak pilih yang mana satu. Makan jek la yang mana suka, kalau nak tunggu buat sendiri, entah bila gamaknya =)








Makkkk...ni antara favourite dessert akak, blueberry cramble + cheese cake + bingka ubi. Blueberry cramble dia memang marvellous giler...rangup kat luar, kat dalam ada rasa blueberry. Rasa nak ambik sekeping lagi tapi perut dah reject...dah full.








Haaa...si kakak makan satay ayam dan burrito. Nampaknya budak sorang ni tak puas hati dengan burrito ala kampung yang ummi dia buat...hehe. Rezeki dia dapat makan burrito yang best. 

Well, memang tak termakan food yang ada kat situ. Iye la, kita berbuka puasa pun makan tak banyak mana.

Alhamdullillah...rezeki kami sekeluarga.














mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...