mee bandung








Mentang2 umminya tak kerja kan, so anak2 request makan itu ini...macam2 menu ada dalam kepala budak2 ni. Bukan main lagi masing2 nak makan, macam la hari lain tak boleh nak makan dah. Kadang2 bila pikir, pelik jugek kan. Kalau puasa ganti tu, tak kisah pun nak makan apa. Roti telur dengan air teh pun jadi. Tapi bila tiba bulan puasa, nafsu masing2 macam tak hengat.

Ok...layan kehendak anak2, suruh masak mee bandung. Actually tak ada stok keledek atau kentang kat rumah. Kentang sebijik pun tak ada...adehhh..kalau tak, boleh juga lenyekkan dan masukkan dalam kuah mee bandung ni. Disebabkan itu, kuah mee bandung jadi cair jek.







Akak dah balik dari pasar, baru la anak2 request masak mee bandung. Ok fine, kita masak guna bahan yang ada jek. No problem, janji rasa kuahnya tak ke laut....gitu.. =).

Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar. Masukkan ayam, udang (ada udang cenonet jek!) dan fish ball. Masukkan air dan biar hingga mendidih. Then masukkan kobis (kalau ada sawi lagi ok), sos cili, sos tomato, sos tiram dan biar lagi mendidih. Pecahkan telur dalam kuah...dan biarkan sekejap. Masukkan mee kuning dan rasa la masin dan manisnya.

Perah limau kasturi bila nak makan. Ok kan...tengok abih jek sebungkus mee kuning tu.. =)




Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL