Monday, June 13, 2016

gulai ikan patin









Gulai ikan patin ni wajib ada dalam juadah berbuka puasa, even all the time. Balik kampung mesti bawak balik sini stok ikan patin fresh. Kat KL ni...akak tak tau kat mana nak cari ikan patin fresh, yang selalu jumpa ikan patin sejuk beku jek. Then, silap haribulan isi ikan dah rasa tawar jek bila kita masak. Tak sedap langsung.

Petua basuh ikan patin jangan bagi ada bau hanyir atau bau tanah, basuh la dengan air yang dicampurkan dengan perahan limau kasturi atau limau nipis. Tapi jangan lama sangat rendam dalam air tu, nanti hilang la rasa manis ikan patin tu. In Shaa Allah bila masak dah tak ada bau hanyir.




SELEPAS
SEBELUM


Masak dalam periuk tanah macam ni lebih best rasanya, kuahnya pun boleh panas dalam tempoh yang lama. Just to share the ingredients : Ikan patin segar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, bunga kantan, daun kunyit, cili api, daun kesum, asam keping, cili hijau / merah dan garam.

Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, bawang putih, cili api dan garam. Gaulkan dengan ikan patin dalam periuk. Bubuh segala bahan2 yang lain tu dan bubuh air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Bila dah mendidih, kecikkan api dapur...biarkan mendidih dengan api yang kecik untuk 5-10 minit.

(Mendidih dengan api yang kecik ni sangat penting untuk mendapatkan rasa kuah yang sedap).







Selain masak gulai ikan patin, masak ayam bakar kesukaan anak2 dan tumis bayam merah untuk akak makan sorang...hehe. SRK tak minat bayam merah, kalau bayam hijau boleh la. Banyak pulak pantang dia kan. Anak2 lagi la memilih.

Alhamdullillah kenyang belaka :)

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...